Aku Umpama Tukun

Aku Umpama Tukun

Bolehkah aku keluar dari sifat asalku,
Menikmati dan mencari identiti baru,
Lebih gerak lebih kuasa,
Lidah petah berkata-kata.

Bisakah aku mempertahankan diriku,
Yakin berdiri dan enggan dipijak kepala
Oleh manusia yang digelar bos atau tuan
Yang meratah mangsa dan menghumban
Jasad ke neraka,
Pantas bertindak tanpa usul periksa,
Keras menilai dan meramal
Melibatkan maruah
Mimpi tercalar…

Aku perlukan kekuatan untuk bangun
Dengan kuat dan semangat,
Teman di sisi jua masih diam
Ketakutan menyelubungi diri
kiranya melibatkan gaji dan prestasi,
Oh! Tuhan,
Permudahkanlah jalan ku
Dalam mengharungi cabaran ini……

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest