Apple iPad 2 Malaysia Percuma Dari Denaihati

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Semalam ,2 Mac 2011,Pihak Apple Inc telah pun melancarkan iPad 2 dan yang paling menarik,bro Denaihati ada juga membuat contest Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setia.

iPad adalah sebuah komputer tablet yang direka dan dibangunkan oleh Apple Inc. Ia dipasarkan sebagai pelantar untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, muzik dan permainan serta laman sesawang. Pada sekitar 1.5 pound (680 gram), saiz dan beratnya adalah antara telefon pintar dan komputer riba. Apple memasarkan iPad pada bulan April 2010 dan dijual sebanyak 3 juta dalam tempoh 80 hari.

Apabila sebut je iPad 2,mesti ramai yang tahu,gadjet ni antara yang tercanggih,dan banyak kegunaannya.Antara spefikasi iPad 2 ni ialah :-

Dimensi : 9,5 dengan 7,31 dengan 0,34 inci
Saiz paparan / resolusi : 2048 x 1536 paparan 260 dpi (1024 x 768 at 132 dpi)
Berat: Nipis dan ringan
Processor: 1GHz dual-core Apple A5 ,Multi-core ARM Cortex-A9 CPU (single-core ARM Cortex-A8),Dual-core SGX543 GPU (single-core SGX535)
Kamera : di depan dan belakang
Bateri : 10 jam untuk melayari Wi-Fi
Port : 30-pin penyambung dock
Sambungan : Wi-Fi dan 3G
Slot : Kad SD dan port USB
Menyokong : GSM/CDMA chipset (GSM Sahaja)
Platform: IOS 4.3

** Boleh juga rujuk di sini untuk melihat spefikasi iPad2

Boleh juga lihat video sewaktu pelancaran iPad 2 di youtube seperti di bawah :-

Ok ,rasanya cukup untuk sesi pengenalan iPad 2,jika rakan-rakan blogger yang lain ingin menyertai contest Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setia ini boleh lihat kelayakan untuk sertainya:-

Kelayakan Blog Utama

1. Blog mesti PR3 dan keatas.

2. Mesti join mailing list dan diaktifkan (kalau dah join bagus sangat lah).

3. Mesti buat satu entri kreatif tentang contest ni dengan link sponsor dan tinggalkan backlink di ruangan komen dan wall Face Book denaihati.

4. Blog yang aktif dengan sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.

5. Tidak menggunakan cara yang tidak normal untuk mendapat trafik.

6. Terbuka untuk semua blog 1Dunia.

7. Bahasa bebas janji orang dunia faham.

8. Penganjur ada hak membatalkan mana-mana penyertaan dan mengubah syarat jika perlu.

Cara memilih pemenang

1. Hadiah utama iPad 2 untuk teman setia blog yang menjadi top link referrer (statistik google analytics) bermula 24/2 – 31/5-2011 dengan minimum trafik 6000 dan bounce rate bawah 50%. Makna jika blog anda jadi no 1 top referrer tapi kurang 6000 maka hanya layak dapat hadiah cermin mata Rayban. Kalau ada lebih dari 1 blog yang mempunyai jumlah trafik 6000 dan bounce rate bawah 50% maka yang tertinggi akan jadi pemenang.

2. Hadiah hebat untuk 4 blog top link referrer yang berikutnya.

3. Hadiah saguhati akan diberikan kepada 3 blog bawah PR3 yang buat promosi dan masuk top link referrer.

Hadiah

Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.

Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.

Hadiah Saguhati : 3 x RM100

** Hadiah untuk contest Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setia dari Denaihati di taja oleh Smartgold.biz dan juga Ray Ban Malaysia

** Berminat nak join contest ni ? Apa lagi jom klik Apple iPad 2 Malaysia untuk teman setia untuk maklumat lanjut.

P/S : Entri ni sambil promote,saya join sekali contest ,memang berbaloi-baloi join contest ni

P/SS : iPad ni memang bagus untuk blogger ,sebab senang nak bawa kemana-mana untuk urusan harian

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest