Bila Nak Kawin ???

Assalamualaikum Semua

Aku sibuk skit arini,jadi sambil-sambil online check email,terjumpa plak email bertajuk Bila Nak Kawin??? haizzz ni la antara soalan maut kepada mereka-mereka masih lagi bujang.Sama-sama la kita hayatinya…

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik gua nye kawan)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…gua disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! lu tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (gua ambil tunang @ bini lu,
baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan gua kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih bini semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD haram
Atau sesenang memakan ulam..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh gua bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

P/S : errr merapu je kadang-kadang soalan macam ni kan,tapi sabar je la

Sumber Dari Email

Comments

  1. 983353 253251Thanks for the data provided! I was discovering for this data for a long time, but I wasnt able to locate a reliable source. 395631

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest