Cara Backup Bookmark Di Mozilla Firefox

Assalamualaikum Semua…

Lama jugak aku tak tulis entry pasal Komputer ni hehehe (macam lama la plak)..ok la pada hari ni aku nak berkongsi cara backup bookmark di Mozilla Firefox. Mesti ramai di antara rakan-rakan yang pernah mengalami situasi komputer jam atau hang dan perlu di format secara tiba-tiba. Yang lebih menyedihkan lagi Mozilla korang ada menyimpan pelbagai bookmark link atau web kegemaran.

Dengan berpandukan dengan Mozilla Firefox versi ke 4 ni,aku akan tunjukkan cara-cara untuk membuat backup dari bookmark browser mozilla :

Pada menu Bookmarks di browser firefox pilih Organize Bookmarks atau Show All Bookmark ( boleh juga guna Ctrl+Shift+B)

Pilih menu Import and Backup

kemudian Export HTML tentukan dimana akan disimpan file HTML yang berisi “backup bookmark” kemudian Save.

Setelah selesai proses Backup Bookmark Di Mozilla Firefox ni,Jangan lupa simpan di flash disk atau media lain, jadi apabila kita reinstall komputer ,boleh di Import kembali file backup tersebut. Cara Import file backup bookmark firefox juga sama, hanya pilih Import dan browse file backupnya.

p/s : Di harapkan korang mencuba yer cara ni,sebab kita tak tahu bila Komputer kita bermasalah.Paling elok selalu la buat backup bookmark ni

Comments

  1. Hello to every one, because I am genuinely
    eager of reading this weblog’s post to be updated regularly.
    It includes nice data.
    Shiv Preyan Shanker Nair recently posted..Shiv Preyan Shanker NairMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest