Kenali Jenis – Jenis Panel Kawalan Web Hosting

Assalamualaikum

Setelah kita mengetahui Tips Pemilihan Hosting , Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Nama Domain Yang Baik dan juga Perbezaan Antara Parked, Sub dan Add-On Domain,banyak kali terjumpa perkataan cPanel.

cPanel ni adalah salah satu jenis Panel Kawalan (Control Panel) Web Hosting. Apa pula yang dimaksudkan dengan Panel Kawalan ni ? Panel kawalan (Control Panel) ialah perisian yang digunakan dalam Web Hosting bagi memudahkan pengendalian pelayan. Jenis panel kawalan adalah penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah Web Hosting. Terdapat banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran antaranya ialah seperti Plesk, Ensim, Helm, DirectAdmin, CPanel dan lain-lain. Sila rujuk pembekal Web Hosting anda bagi mengetahui jenis panel kawalan yang digunakan mengikut pakej yang dibeli.

Di bawah ni senarai jenis-jenis panel kawalan yang biasa digunakan dalam industri Web Hosting:

Pleask

Plesk ialah panel kawalan yang dibangunkan oleh SWsoft untuk pelayan Window dan Linux. Ia mengandungi banyak sokongan perisian seperti SpamAssassin, Application Pack, Helpdesk, Tomcat, ColdFusion, dan MSSQL. Plesk direka untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran laman web. Panel kawalan ini banyak digunakan dalam pelayan jenis khusus (Dedicated Server) bagi mengurangkan kos dan penggunaan sumber sambil meningkatkan kemampuan dan kecekapan.

[Read more…]

Perbezaan Antara Parked, Sub dan Add-On Domain

Apabila kita ingin melanggan web hosting, kita sering dengar perkataan Parked Domain, Subdomain dan Add-on Domain. Apa sebenarnya maksud bagi ketiga-tiga perkataan berikut dan apakah perbezaan antara ketiga-tiga berikut. Mari saya bawa anda maksud bagi ketiga-tiga perkataan itu dan bagaimana ia berfungsi.

1. Parked Domain

Biasanya apabila kita dengar perkataan parked ia mesti berkaitan rapat dengan meletak. Ya memang benar. Biasanya Parked digunakan apabila anda mempunyai dua (2) domain atau lebih dan domain

Domain itu hendak ditujukan pada satu destinasi. Contohnya saya mempunyai saya.com dan saya.net dan saya hanya ingin menyambungkan saya.net kepada saya.com .Jadi, saya meletakkan saya.net dalam ruangan Parked Domain di dalam Cpanel Control Panel Web Hosting anda.
[Read more…]

Nama Domain Yang Baik

Assalamualaikum

Setelah mengetahui tentang Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting serta Tips Pemilihan Hosting.Kali ni kita bincangkan pula tentang Nama Domain Yang Baik.Diharapkan sedikit sebanyak informasi ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang bakal membeli serta memilih domain dan hosting pilihan hati.

Gambar Dari Google

Kita sering mendengar perkataan domain. Apakah itu domain ? Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai nama domain.

Nama Domain – nama yang mewakili kepada satu atau lebih alamat IP.

Biasanya, nama domain digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Contohnya, http://www.denaihati.com, domain ini mewakili Denaihati Dot Com.
[Read more…]

Tips Pemilihan Hosting

Assalamualaikum

Mengikut sumber yang disediakan oleh laman web Wikipedia, Hosting bermaksud satu ruangan khas yang ditempatkan di dalam di dalam web server ataupun pelayan web yang disediakan oleh syarikat pembekal servis ini. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Kebiasaannya Web Server atau ada juga yang memanggilnya Data Center yang terkenal terletak di luar Negara. Di Malaysia juga telah ada syarikat yang menyediakan Web Server.

Jika anda mahu memiliki laman web, maka hosting perkara wajib yang anda perlu miliki. Seperti sesebuah perniagaan kedai runcit yang kita hendak jalankan, maka tapak kedai juga harus dimiliki. Laman web szettabytes.com ini contohnya telah dihoskan menggunakan web server yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Lihat, bukan orang barat sahaja mampu ada web server sendiri, malahan di negara kita sendiri telah mempunyainya.

[Read more…]

Pin It on Pinterest