Tips Penjimatan Minyak Kereta

Assalamualaikum

Agak lama juga tak buat entri pasal tips dan penjagaan kereta,ketika mencari info untuk update blog,terjumpa artikel bertajuk Tips Penjimatan Minyak Kereta.Mungkin di dalam situasi sekarang ni,ramai yang mengeluh minyak asyik naik bukan ? Kepada mereka yang sering ulang-alik ke tempat kerja pun mengalami situasi yang sama.

Di sini saya ingin berkongsi 20 cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kenderaan yang sememangnya berkait rapat antara satu sama lain.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

CARA #1

Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja.Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda hilangditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

[Read more…]

Sistem Brek

Assalamualaikum

Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuah mesinatau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalanynya daripada mula bergerak lagi. Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada haba oleh daya geseran. Alternatifnya, dalam pembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalam roda tenaga, kapasitor ataupun ditukar kepada arus ulang-alik oleh pengulangalik, seterusnya ditukarkan kepada arus terus sebelum disimpan di dalam bateri bagi kegunaan akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubungan E = 1/2·m·v2). Ini bermakna jika kelajuan kenderaan bertambah, ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga. Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnya jarak membrek akan jadi empat kali lebih lama.

Brek dipasang pada kebanyakan kenderaan beroda termasuklah kereta, lori, kereta api, motosikal dan basikal.

Sesetengah kapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan.Nyahpecutan dan mengelak pecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakan gear rendah.
[Read more…]

Tips Penjagaan Radiator Kereta

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dengan satu lagi tips yang dapat menjimatkan kos penyelengaraan kereta iaitu penjagaan radiator. Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagon. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan enjin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara Penyelenggaraan Radiator : (Setiap 3 bulan)

1. Buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
[Read more…]

Tips Membeli Alat Ganti Kereta

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part atau alat ganti.

1.   Alat ganti tulen daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2.   Alat ganti tulen tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3.   Alat ganti tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4.   Alat ganti recon iaitu yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.
[Read more…]

Pin It on Pinterest