Mat Rempit

salam semua

Apa Kaitan dengan mat rempit ni pada entri kali ni ek…..Jom baca karangan entri ni sampai habis yer.

Ok untuk permulaan ceritanya begini la,pada malam/pagi tahun baru aritu aku balik kerja pada pukul 2.30 pagi.Kemas-kemas kedai dan terus kunci pintu kedai,macam biasa panaskan enjin dulu kat kereta motor kesayangan aku ni.Kemudian terus la bawak menuju ke rumah…tapi….tiba-tiba je ade la 4 orang mat tepet mat rempit ni datang dari arah belakang.Huh terkejut gak aku di buatnya,dan dan la nak ajak berembat sama .cehh mentang-mentang la motor aku ni power standard je.mula la nak ajak berlumba.Ahaks..sorry la brader-brader mat rempit yang terbaca entri ni yer.Hal ni terpaksa la aku ceritakan kat korang semua.Mana yang baik dijadikan tauladan,mana yang buruk jadikan sempadan k.

Mat Rempit ni lain macam je la sekarang ,nasib baik dengan aku dorang ajak lumba kereta motor.Kalau dengan abang polis yang baru balik kerja cmne la nanti ek hehehee.Aku dengan rasa takut,cuak,geram dan macam-macam lagi la .Dengan menggunakan motor Yamaha 125 ZR ..dorang weng weng sebelah aku..pehhh angin jugak aku time tu..isk3.Takkan nak ajak berembat dengan Subaru RXZ kesayangan aku ni.Jalan time tu lenggang jugak la,maklum la pukul 2.30 pagi,kene lak lepas menyambut tahun baru.Nak tak nak aku wat bodoh je dengan mat tepet mat rempit ni.dari wat keje yang tak berfaedah baik aku terus je balik rumah dan tidur .Hahahahaha.

Korang nak tahu apa yang terjadi ??

Aku tukar gear (konon-konon nak layan lap gak ni) mat rempit berempat tu dah macam ape la..laju je dorang bawak motor masing-masing..cehh motor power la sangat..Aku rileks je kejar dorang..then terus je masuk k simpang menuju ke umah aku.Hehehe amacam ok ke tak tindakan aku ni dari layan mat rempit buat kerja tak berfaedah dan mungkin juga akan membahayakan nyawa mereka sendiri.

Bukannya apa,dari pemerhatian aku,budak-budak terejal baru naik ni agak kurang ajar la bila bawa motor.Dengan tak pakai kopiah topi keledar,fuhhh bawak motor sikit punya laju tak kira kat kawasan taman ke perumahan ke..isk isk isk…tu belum lagi bila kat jalan raya,entah berhenti ke tidak bila terjumpa lampu isyarat merah.

Yang aku pelik sekarang ni,macam mana ye mak bapak mereka percaya sangat-sanagt memberi anak merekan bawa motor ke mana-mana,dengan tak ada lesen dan juga cukai jalan yang sah,kalau kene tahan dek polis traffic ,tak ke naya nak bayar saman ??? kalu yer pun nak manjaklan anak-anak nasihatkan la sikit.Jangan main percayakan je terus lepas itu belikan motor bagi kat anak(walaupaun anak mereka ni masih belum mempunyai lesen memandu).konon-kononnya untuk bawa ke kedai.Tapi pada malam minggunya pula,anak-anak mereka berlumba secara haram . kalau berlaku apa-apa kat anak mereka ni ,siapa yang patut dipersalahkan ?? Tepuk dada tanya selera la yer.

Nampak nya sampai di sini sahaja untuk entri Mat Rempit ni,kalau rakan-rakan sekalian berminat dengan entri ni sila la bagi komen di ruangan komen yer..sekian terima kasih.

P/S : Entri ni hanya untuk di jadikan tauladan sahaja

Pin It on Pinterest