Terima Kasih Nuffnang Part 4

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah rezeki,2 hari lepas aku dapat sekali lagi cek dari Nuffnang .walaupun tak seberapa tapi jadi la buat lepas bayar bil streamyx dan beli beberapa aksesori untuk komputer.

P/S : memang berbaloi la dengan blogging ni,hehe
P/SS : Entri pendek je sebelum aku lelapkan mata

Terima Kasih Nuffnang Part 3

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah rezeki di akhir Ramadhan telah sampai juga.petang tadi kira-kira pada pukul 4.00 petang abang posmen telah hantar sekeping surat cinta dari Nuffnang.Aku dah agak apa yang ada di dalam surat ni,hehehe

Nah..seperti gambar di atas tu la yang aku maksudkan tadi.Untuk pengtahuan korang ,ini adalah kali ke 3 aku dapat cek dari Nuffnang.Bagi mereka yang belum baca entri untuk Part 1 dan part 2,boleh klik di Terima Kasih Nuffnang dan Terima Kasih Nuffnang Part 2

Akhir kata,Aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah kepada semua rakan-rakan dan juga pengunjung blog ni.Hati-hati di jalan raya ,semoga selamat sampai dan selamat kembali ke destinasi yang ditujui

Terima Kasih Nuffnang Part 2

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Agak lama aku tak update blog ni,maybe dah bersawang sangat kot.Jadi hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua,Sebagaimana entri aku yang terdahulu iaitu Terima Kasih Nuffnang 3 hari lepas aku telah mendapat surat cinta dari Nuffnang dan semestinya aku telah mendapat cek sekali.Di sampul surat tersebut ada label HSBC.Alhamdulillah,walaupun tak seberapa,tetapi cukup la untuk balik modal segala penat lelah yang aku habiskan bersama blog ni.

[Read more…]

Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama

Assalamulaikum semua…

Harini aku terlebih rajin pulak check akaun Nuffnang aku,Alhamdulillah dapat juga Buffered Earnings Nuffnang Yang Pertama.Lama gak aku tunggu buffered ni,ye la asyik tengok rakan-rakan blogger lain je kan yang dapat buffered ni,sekali rezeki aku pun ada.Hehe…

Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kipas susah mati peminat blog terutama kepada rakan-rakan blogger sebab tak jemu singgah dan meberi komen serta
melalak tinggalkan pesanan di shoutbox.Tak lupa juga kepada pihak Nuffnang,jasamu tetap ku kenang 🙂

Ok kat bawah ni aku sertakan sekali printscreen buffered Earning.

Akhir kata,Terima Kasih Nuffnang

P/s : Aku sedang mencari idea untuk membuat contest untuk semua rakan-rakan blogger sebagai tanda penghargaan korang kepada blog ni.

P/s 2 : Bosan lak semakin banyak spam komen masuk kat blog ni,dah takde kerja kot,spam blog je ,isk isk isk

Pin It on Pinterest