Pengorbanan Seorang Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

[Read more…]

Azam Dan Niat Ikhlas Amalan Berpahala

Assalamualaikum….

Beberapa bulan lagi,kita akan melangkah ke tahun 2012 iaitu tahun baru di dalam kalendar,seiringan dengan itu isu yang biasa diperkatakan adalah mengenai azam. Azam sering merujuk kepada pengertian cita-cita. Menurut Kamus Dewan, ia bermaksud kemahuan (keinginan, cita-cita) sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya). Sama ada disedari atau tidak, ungkapan kalimah ini turut digunakan dalam bahasa Arab.

Mu’jam Lughah Fuqaha (Kamus Bahasa Fiqh) menyebut azam bermaksud tetap dan teguh, manakala dalam Mu’jam al-Arabi al-Asasi (Kamus Asas Bahasa Arab) ia bererti niat dan bersungguh-sungguh.
Kedua-dua pengertian ini membawa kepada maksud yang lebih kurang sama. Ini menjelaskan lagi hubung kait yang amat erat antara bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Jika dilandaskan kepada sistem nilai menurut kacamata Islam, ia adalah satu akhlak positif yang sewajarnya menjadi hiasan peribadi setiap individu muslim.
[Read more…]

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum

PENDAHULUAN

Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa.

Gejala-gejala seperti kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga dan pemikiran di kalangan muda mudi, krisis rumahtangga, perilaku anak-anak yang liar, tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati orang tua, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak merosakkan jiwa adalah akibat daripada kelonggaran disiplin dalam sistem kekeluargaan.

Sehubungan dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada ketika itu Dato Seri Dr Mahathir Mohammad telah memberi penekanan penting mengenai perkara ini dengan menegaskan bahawa di antara cabaran-cabaran yang mesti diatasi bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju ialah membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
[Read more…]

Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian

Assalamualaikum..

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:

“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”

[Read more…]

Pin It on Pinterest