E-Book Mula Niaga : Offline Dan Online

Assalamualaikum semua..

Ok pada hari ni saya nak perkenalkan sebuah e-book yang menarik untuk rakan-rakan yang ingin memulakan perniagaan secara Offline dan Online.E-book tersebut ialah Mula Niaga : Offline Dan Online yang dihasilkan oleh saudara Faizal Syukri.

Sebelum saya menerangkan serba sedikit tentang E-Book Mula Niaga : Offline Dan Online ni,lebih baik kita kenali dulu siapa penulis tersebut iaitu saudara Faizal Syukri.

Berikut adalah biodata beliau :-

FAIZAL SYUKRI BIN MOHAMAD

Nama Panggilan : Peja.

Negeri Asal : Dungun, Terengganu.

Menetap : Jelawat, Bachok, Kelantan.

Latar Belakang Pendidikan :

1. Sekolah Rendah Sultan Omar, Dungun, Terengganu.

2. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

3. SMKA Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Kali Pertama Berniaga :

September 2007. Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa
bermula Oktober 2009.

[Read more…]

Review Proton Inspira

Assalamualaikum

Pada kesempatan ini,saya nak buat review tentang Proton Inspira yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Proton P3-90A di Kenali Sebagai Proton Inspira

Pada 14/10/2010,Proton telah melancarkan model terbaru mereka yang sebelumnya dikenali dengan kod P3-90A. Sekadar info jika anda masih belum tahu, majlis pelancaran tersebut bukanlah pelancaran penuh, sebaliknya hanya pra-pelancaran atau ‘soft-launch’ sahaja. Pelancaran rasmi model itu dijangka akan diadakan pada 10 November depan. Akhirnya, nama model terbaru itu telah didedahkan kepada umum dengan nama Proton Inspira, seperti yang telah diketahui secara rasmi sejak dua hari lepas melalui brochure yang bocor di internet. Proton Inspira? Apa pendapat anda dengan nama tersebut, agak menarik bukan?

Tempahan (booking) sudah boleh dibuat di semua pengedar Proton di seluruh Negara mulai hari ini (14/10/2010) dengan bayaran sebanyak RM1000.00 sahaja. Untuk bakal pemilik Inspira yang menerima kereta mereka sebelum 31/12/2010, Proton menzahirkan penghargaan dengan memberikan hadiah istimewa berupa pakej servis percuma selama 2 tahun atau 20,000 km terawal, bernilai RM1,658.00 termasuk kos buruh dan alat ganti. Jadi tunggu apa lagi? Mungkin sudah tiba masanya membatalkan tempahan Toyota Vios, Honda City, atau Corolla dan Civic.

[Read more…]

Pin It on Pinterest