Tutorial Cara Daftar Twitter

Assalamualaikum…

Tutorial Cara Daftar Twitter ini adalah lanjutan daripada entri Cara Register Twitter,dan pada kali ini,saya sertakan tutorial bergambar bagi memudahkan pengguna baru yang ingin mendaftar twitter.Sebelum memulakan tutorial tersebut,apa kata kita imbas serba sedikit tentang Apa Itu Twitter ?

Untuk pengetahuan semua,Twitter adalah layanan social networking dan microblogging yang kini sangat popular. Pengguna Twitter dapat “mengikuti” atau “Follow” pengguna yang lain untuk mendapatkan “updates” berita terbaru dari mereka. Setiap “update” hanya boleh berisi 140 karakter, dengan atau tanpa hyperlink.Sejarah Twitter bermula apabila ia dilancarkan pada tahun 2007 dan hampir 1 juta orang menggunakannya semenjak ianya diperkenalkan.Para pengguna akan mendaftar untuk mengikuti berita atau perkembangan terkini kepada pengguna lain yang mereka “follow”.

Untuk mendaftar serta memiliki akaun Twitter,korang bolehlah ke http://twitter.com/.

[Read more…]

Update Twitter Menggunakan Gladlycast Sms

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Atas permintaan rakan blogger iaitu WanPerlis,kali ni aku nak tunjukkan cara untuk Update Twitter Menggunakan GladlyCast Sms.

Untuk rujukan kembali,korang boleh lihatpada entri sebelum ini tentang twitter :-

Antara fungsi yang menjadikan Twitter popular adalah kebolehan menghantar tweet terus menggunakan SMS. Fungsi ini berguna apabila anda tidak berada di hadapan komputer. Jadi walaupun anda sedang berada di luar, anda masih boleh mengemaskini status anda, membuat sebarang liputan, ataupun menghantar apa sahaja yang terlintas di dalam kepala, terus kepada Twitter.

Walau bagaimanapun, tidak semua nombor di Malaysia dapat digunakan untuk menghantar SMS kepada Twitter. Perkara ini pastinya mengecewakan sebilangan pengguna Twitter tempatan. Namun begitu, anda masih boleh menghantar tweet menggunakan SMS, melalui gladlyCast.

Laman Web gladlyCast

[Read more…]

Cara Register Twitter

Salam Semua…

Seperti mana yang di janjikan,saya ingin memperkenalkan entri terbaru Cara Register Twitter.Seperti tajuk entri yang lepas iaitu Apa Itu Twitter yang kalian boleh lihat di sini.

Ok ..sekarang pun twitter ni dah semakin popular,saya buat entri ni khas untuk rakan-rakan yang masih tercari cari tutorial macam mana Cara Register Twitter.

1.  Pertama sekali rakan-rakan bolehlah ke web rasmi twitter di http://twitter.com/.Dan klik button sign up .

2.  Isi apa yang dikehendaki di dalam form twitter ni :-

  • Username => isi dengan nama samaran yang anda ingin gunakanika keluar tulisan “Username has already been taken” itu bermakna username yang anda gunakan sudah ada pemiliknya. Cuba cari nama lain hingga dapat.
  • Password  => isi dengan password yang senang anda ingat sampai     bila bila (maksima 6 huruf)
  • Email          => isi dengan alamat email yang sah
  • Type the words above => isi dengan huruf yang sama anda lihat di kotak CAPTCHA.
  • Dan yang terahir klik “Create My Account

3. Kini anda telah berjaya mempunyai akaun twitter

P/s : jangan lupa follow saya di twiiter di wazy84

Apa Itu Twitter

Salam semua…

Kali ni saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang Apa Itu Twitter,
mesti ramai di kalangan rakan-rakan sekalian sudah pun mempunyai Twitter kan ?

Ok kat sini saya ingin memperkenalkan kepada rakan tentang Twitter ni.
Twitter adalah layanan social networking dan microblogging yang kini sangat popular. Pengguna Twitter dapat “mengikuti” pengguna yang lain untuk mendapatkan updates berita terbaru dari mereka. Setiap update hanya boleh berisi 140 karakter, dengan atau tanpa hyperlink

Sejarah Twitter bermula apabila ia dilancarkan pada tahun 2007 dan hampir 1 juta orang menggunakannya semenjak ianya diperkenalkan.
para pengguna akan mendaftar untuk mengikuti berita atau perkembangan terkini kepada pengguna lain yang mereka follow.

Dengan Twitter juga dapat menjadi alat yang memiliki prospek ke depan untuk menjadi jaringan komunikasi yang besar, membangun hubungan bisnes (bagi para usahawan yang giat mencari pelanggan serta mempromosikan produk mereka) dan tentunya menjadi alat yang baik untuk mempromosikan blog.

Dan memang di akui Twitter juga amat berguna untuk mempromosikan blog dan mengarahkan lalu lintas blog dan secara tidak langsung meningkatkan traffic blog.

Pin It on Pinterest