Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 5

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, “apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?”

“Menarik kan?” Jawab budak punk itu. “Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap.”

“Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit.”

“Demo? Kau serius? Ok, tengok ni,” kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, “Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!”

“Ah! Dah pukul 2 pagi daaah,” jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Dilarang memotong

Suatu pagi Pak Abu balik kerumah dari memotong getah sambil merungut-rungut. Bininya pun bertanya,

Bini: Kenapa ni bang?

Pak Abu: Hangin tul aku pepagi ni, entah mangkuk hayun mana tah yang bangang sangat tak bagi aku memotong getah lagi dah…

Bini: Bila dia tak bagi motong tu bang?

Pak Abu: Tadi… masa aku lalu kat jalan baru ke kebun kita tu, ada satu papan tanda besarr warna merah tulis Dilarang Memotong.. semalam takde papan tanda tuu….

Bini : Camana ni bang? nak makan apa kita?

(JKR baru letak papan tanda dilarang kereta memotong kat double line jalan gi kebun Pak Abu. Pak Abu naik beskal je, mana tau hal undang2 jalanraya ni…)

 

[Read more…]

Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 4

Assalamualaikum Semua

Hari Isnin ni memang bosan kalau layan kerja yang banyak je kan,jadi apa kata sambil-sambil buat kerja tu,kita layan pula Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 4


Gambar Dari Google

Cerita 1

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”

[Read more…]

Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 3

Assalamualaikum Semua …

Jom layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 3

Puntung Rokok Dalam Kolam Renang

Pada satu hari, Ajoi dan Sumardi pergi melancong di resort Sri Intan, Port Dickson. Di resort tersebut terdapat swimming pool yang sederhana besarnya. Kalau dah jumpa swimming pool apa lagi Ajoi dan Sumardi takkan melepaskan peluang untuk terjun berenang.

Selepas 4 jam setengah main air, Ajoi dan Sumardi naik ke atas dan mula melepak tepi kolam sambil Sumardi menghisap rokok.

Seberapa ketika mereka berdua kelihatan bertengkar sehingga ternampak petugas resort itu. Dia pun datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Petugas: “Kenapa ni encik? Bergaduh kat sini?”

Ajoi: “Ni ha …kawan saya ni mencampakkan puntung rokoknya ke dalam kolam.

Petugas: “Ya ini memang satu kesalahan kerana mengotorkan kolam ni..”

Ajoi :” Kotor jer takper boleh dibuang, nanti ko takde kerja pulak..”

Petugas: “La…abis ya encik beriya-iya marah dia ni kenapa?”

Ajoi: “Aku takut kolam ni terbakar… nanti tak boleh berendam lagi…

Sumardi: tersengih-sengih..

Petugas : terkedu..

[Read more…]

Cerita Di Satu Pagi

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan, ada orang
yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi
dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas
awak?”

maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

“saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.

KAH?KAH?.KAH?.!!!!!!!!!

P/S : Oh Monday Blues….Selamat Bekerja Semua

Pin It on Pinterest