Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10

Assalamualaikum

Di atas permintaan ramai,kali ni dah sampai ke Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10.Sambil-sambil buat kerja tu,jom kita layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10 ni sampai habis ok !!

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, “Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit” Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. “Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!” Si budak berkata,”Datuk saya ada nasihat juga.” “Dia pun kata jangan makan makanan ringan?” “Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN”

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

Cara Berchating

Bila ada user tanya kat room:
“kau orang dengar tak aku on lagu?”
jawab:
“kau ingat aku pekak ka?”
Bila ada yang tanya:
“apsal room ni tak meriah eh?”
jawab:
“ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana”
Bila ada yang tanya:
“PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?”
jawab:
“kau campak je PC kau tu kat sungai”

Lawak Budi bahasa LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu
berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda
itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,”Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!”

Ulat Gonggok

ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka – teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu…

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni

Cikgu : ha, ape dia?

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : emmm Kalau mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah

Cikgu : 99

pelajar : salah!

Cikgu : emm…da tu berapa kaki

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu…

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je…hehehe

Hanya Sepuluh

sewaktu adiknya pulang dari sekolah,dengan segera abangnya bertanya.

Abang : sudah adik menduduki ujian mathematik?
Adik : sudah.
Abang : macam mana dengan soalan nya?
Adik : senang saja, macam kacang.
Abang : bagus! berapa soalan yang adik tak dapat menjawab?
Adik : tak ada.
Abang : bermakna adik dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Adik : ya, ada sepuluh soalan yang adik jawab salah.
Abang : wah! pandai betullah kalau begitu,kalau setakat sepuluh sahaja yang
salah,masih ada empat puluh lagi yang betul.
Adik : tapi soalan nya ada sepuluh saja

Pendek dan Panjang

seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya

Guru : Kamu ni murid baru kan?
Murid : Ya…..cikgu!
Guru : Nama kamu siapa?
Murid : Mat.
Guru : Nama panjang kamu?
Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!
Guru : Besok saya gelak!!

Re: …Koleksi Cerita Lawak Pendek…

ATAN DAN CIKGUNYA..

Cikgu: Atan…cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik….Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh ..cikgu..

Cikgu:??…Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul…Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh…..

Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak…Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal…Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu:Erm..bagus…cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi…Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab…Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan: Tujuh la…

Cikgu:Kenapa plak tujuh…Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu…knpe tujuh…why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????…

Comments

  1. hahahhaha…pandailah buat cerita lucu. Sungguh menghibur membacanya.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest