Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 2

Salam semua..

Kali ni nak berkongsi tentang Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja bahagian 2 plak,hehe papepun layanzz dulu ek

Kisah Burung

Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.

Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?

Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…

Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?

Ajoi: RM200..!

Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?

Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..

Sumardi: ##$%^!

Alkisah Orang Asli & Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina diatas pokok…2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingka atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu. Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu…da ternampak cermin suaminya. Oleh krana si isteri ni taktau cermin tu apa…so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi…habis berlari dan meraung menangislah dia cari maknya. Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu. Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa berbahak-bahak.

isteri: Apasal mak ketawa?
Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu….kalau ye pon nak kawin lain..carik la perempuan yg elok sikit..ni tak..aku tengok perempuan kat bilik tu dah la tua hodoh pulak tu…

Jangan copy kalau tak pandai paste

Ajoi mendengar ceramah motivasi dari motivator terkenal di Malaysia.

“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”

Penonton terdiam dan terkesima

“Dia ialah ibu saya!”

Penonton semua bertepuk dan memuji-muji motivator tersebut.

Balik rumah, Ajoi cuba meniru teknik motivator tadi kepada isterinya

“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”

Belum sempat Ajoi menyambung, isterinya dah melenting.

“Apa? Berani awak buat begitu ?!!!”

Ajoi terkejut dengan jerkahan isterinya, sehingga Ajoi terlupa sambungan ayat tersebut.

“Siapa!?” jerit isterinya lagi

Ajoi tersenyap blur sekejap..

“Siapa!?” jerit isterinya lagi

sehingga Ajoi menjawab…

“Ntah lupa la..!”

Sedar-sedar Ajoi dah ada kat dlm wad..

Perokok yang kaya

Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk

Ajoi: Selamat pagi doktor…

Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?

Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.

Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?

Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.

Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?

Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.

Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?
cuba kira, satu hari dikali dengan 1 bungkus rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah).

Ajoi: Doktor tak merokokkan?

Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)

Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?

Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?

Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..huhu

Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya.

Cagaran bank

Ajoi pergi ke Bank Rakyat untuk meminjam wang sebanyak RM5000. Pegawai Bank bertanya, “Nak buat apa wang sebanyak itu En Ajoi?”

“Saya nak buat berniaga, beli barang di KL dan menjualnya di kampung,” jawab Ajoi.

“Apa yang En Ajoi ada sebagai cagaran?” tanya Pegawai Bank.

“Saya tak faham, apa itu cagaran?”

“Sesuatu yang bernilai, yang akan menutupi kerugian pinjaman jika En Ajoi tidak boleh membayar ke bank. En Ajoi ada kereta?”

“Ya, saya ada Wira tahun 1998.”

Pegawai bank menggelengkan kepalanya dan bertanya lagi, “Apa lagi harta En Ajoi ada?”

“Saya ada 10 ekor lembu”

“Berapa umurnya?”

“Saya tak tahu, tapi sekarang banyak yang takde gigi lagi.”

Akhirnya, pegawai bank tersebut memberikan juga pinjaman kepada Ajoi.

Tiga minggu kemudian, Ajoi datang kembali ke bank tersebut. Dia membuka sebuah beg usangnya dan mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar hutangnya.

“Ini duit untuk membayar hutang saya,” katanya sambil memberikan semua duitnya.

“Tapi En Ajoi, ini banyak sangat, melebihi jumlah yang En Ajoi perlu bayar. Bagaimana dengan selebihnya, apa yang akan En Ajoi buat?”

“Saya simpan di rumah saya jer.”

“Kenapa duit En Ajoi tidak disimpan dalam bentuk akaun simpanan tetap sahaja di bank?”

“Saya tak faham, apa itu akaun simpanan tetap?”

“Maksudnya, En Ajoi simpan wang En Ajoi di bank, dan akan dapat faedah setiap bulan.”

“Boleh, tapi apa cagaran yang anda mahu berikan?”

Printer Salah Warna

Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.

Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.

Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isuhangat semasa telefon kedainya berdering.

Sumardi: “Hello!”

Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”

Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”

Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..

Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”

Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”

Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”

Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”

Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”

Ajoi: “Dah ketat la wwei…”

Sumardi: “Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nnt encik call balik.Takut encik salah install tadi.”

Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..

Ajoi: “Haloo! Tak boleh lagi lah!”

Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..

Sumardi: “En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.”

Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…

Ajoi:”Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?”

Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest