Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 3

Assalamualaikum Semua …

Jom layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 3

Puntung Rokok Dalam Kolam Renang

Pada satu hari, Ajoi dan Sumardi pergi melancong di resort Sri Intan, Port Dickson. Di resort tersebut terdapat swimming pool yang sederhana besarnya. Kalau dah jumpa swimming pool apa lagi Ajoi dan Sumardi takkan melepaskan peluang untuk terjun berenang.

Selepas 4 jam setengah main air, Ajoi dan Sumardi naik ke atas dan mula melepak tepi kolam sambil Sumardi menghisap rokok.

Seberapa ketika mereka berdua kelihatan bertengkar sehingga ternampak petugas resort itu. Dia pun datang untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Petugas: “Kenapa ni encik? Bergaduh kat sini?”

Ajoi: “Ni ha …kawan saya ni mencampakkan puntung rokoknya ke dalam kolam.

Petugas: “Ya ini memang satu kesalahan kerana mengotorkan kolam ni..”

Ajoi :” Kotor jer takper boleh dibuang, nanti ko takde kerja pulak..”

Petugas: “La…abis ya encik beriya-iya marah dia ni kenapa?”

Ajoi: “Aku takut kolam ni terbakar… nanti tak boleh berendam lagi…

Sumardi: tersengih-sengih..

Petugas : terkedu..

Cuti Seminggu Gaji Jalan

Seorang Pengarah mewajibkan setiap pekerjanya bercuti seminggu dalam sebulan secara bergilir-gilir dan dalam mesyuarat pengurusannya.

Boss: Ok bulan Septermber, Sumardi dah cuti seminggu, bulan lepas – Roslan dah cuti seminggu, bulan ni Pancis cuti seminggu dan bulan depan giliran Ajoi pula cuti seminggu.

Ajoi: Orait boss janji gaji jalan.

Boss: Takpe gaji company tetap bayar.

Roslan: Tapi boss kenapa boss buat camni ?

Boss : Syarikat kita kan tengah sakit ni, sekurang-kurangnya ada penjimatan elektrik apabila bilik dan PC korang bercuti tu seminggu tak on.

Sumardi: Boss, jimat elektrik tapi gaji tetap jalan, kan rugi manpower nanti.

Boss: Takper, memang tu pun tujuan utamanya.

Ajoi: Apa tujuan sebenarnya boss?

Boss: Saya nak tahu siapa antara korang yang ada ker , takde sama jer ….
dan tak menjejaskan operasi syarikat.
So senang saya nak buang!

Sumardi,Roslan,Pancis, Ajoi: waaa……!!!

Che’gu Berahim & Man Dol

PART I

Che’gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. “Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah”. “Oh Che’gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che’gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Berahim pun bertanya,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-Mana.

PART III

Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek didapur.
Che’gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab”cara berwudhuk”Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che’gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…
Che’gu Berahim: uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

P/S : Semoga ceria di hujung minggu kepada mereka yang kena bekerja termasuk la saya,hehehe

Comments

  1. Software drivers are like an intermediary that provides a
    way for Windows to properly communicate with your hardware.
    This is done with the additional capacity of channel-bonding technology.
    Not only can modems or modem related problems keep you from getting connected, it can also cause you to get a slower connection or get disconnected.
    docsis 3 cable modem recently posted..docsis 3 cable modemMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest