Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 5

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, “apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?”

“Menarik kan?” Jawab budak punk itu. “Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap.”

“Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit.”

“Demo? Kau serius? Ok, tengok ni,” kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, “Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!”

“Ah! Dah pukul 2 pagi daaah,” jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Dilarang memotong

Suatu pagi Pak Abu balik kerumah dari memotong getah sambil merungut-rungut. Bininya pun bertanya,

Bini: Kenapa ni bang?

Pak Abu: Hangin tul aku pepagi ni, entah mangkuk hayun mana tah yang bangang sangat tak bagi aku memotong getah lagi dah…

Bini: Bila dia tak bagi motong tu bang?

Pak Abu: Tadi… masa aku lalu kat jalan baru ke kebun kita tu, ada satu papan tanda besarr warna merah tulis Dilarang Memotong.. semalam takde papan tanda tuu….

Bini : Camana ni bang? nak makan apa kita?

(JKR baru letak papan tanda dilarang kereta memotong kat double line jalan gi kebun Pak Abu. Pak Abu naik beskal je, mana tau hal undang2 jalanraya ni…)

 

Bye, sayang

Halim sedang berjalan untuk dalam pasaraya Econsave sambil membelek2 buah2 limau yang ingin dibeli..Tetiba dia dapat merasakan kehadiran seorang awek jelita yang mengikutinya..Memikirkan yg mungkin awek tu saje je nak mengusha ketampanannya hari itu, dia buat2 control macho dan buat dek jelah..Tetiba, bila dia sedang beratur untuk membayar di kaunter bayaran, awek tu pun dengan selambanya memotong barisan dan berdiri di hadapan Halim.

“Minta maaf ye wak,” kata awek tu..”Sorilah ye kalau awak ni tak selesa pulak bila saya asyik dok tenung awak dari tadi..Saya cuma teringatkan boyfren saya yang baru je meninggal dunia minggu lepas..Muka awak ni saling tak tumpah macam dia” sambil menangis teresak-esak.

” Ye ke dik? Eh, sedih plak saya mendengarnya.” kata Halim sambil membuat muka seposen..” Ada apa2 yg saya boleh buat cik adek yg manis ni?”

” Hmm..saya cuma mintak satu perkara je..Boleh tak lepas saya tinggalkan kaunter ni, awak cakap ‘Bye Sayang?” Itu pun dah cukup buat saya gembira hari ni.” kata si awek.

“Boleh je tu..no hal,” kata Halim sambil mengembangkan hidungnya..”Alah, ingat nak mintak phone number aku td.” bisik hati Halim lagi yang memang mudah cair dengan rayuan perempuan.

Tatkala awek tu pun mengatur langkah meninggalkan kaunter bayaran..Halim pun menjerit dengan kuat “Bye Sayang” sambil melambai2 tangannya dengan gembira sakan sehingga terkena muka pakcik yang beratur di belakang..

selepas itu apakah yg telah terjadi pada Halim? saper nak teka ending dier? hihi

Teliti

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajarselesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.

SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!

Comments

  1. A couple of years ago I was diagnosed with Hypothyroidism; and as many people do, I immediately
    started with the treatment recommended by my doctor; Daily medication and regular blood tests to monitor my
    thyroid levels. Take note: A warranty can be voided if
    you haven’t kept up your end of the purchase agreement,
    which may include regular treadmill cleaning and lubricating, or scheduled servicing
    by your dealer. You will face some disadvantages if you opt for small
    motors.
    motorless treadmill recently posted..motorless treadmillMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest