Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 6

Assalamualaikum…

Jom layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 6

3 sahabat

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ‘stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…

Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…

Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.

Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…

Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan…

Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)

Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.

Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


Lorat mana lebih munasabah

Loghat mana lebih munasabah?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..

Bahasa Melayu standard:
“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.”

Loghat Utara (kedah):
“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.

Loghat Pantai Timur (kelate):
“Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.”

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

English atau bahasa melayu

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya….:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Bayaran Ansuran

Ada ler plak cerita pasal sepasang kekasih ni yang dah ber’couple’ sejak bangku sekolah lagi.Satu hari girlfriend dia ni terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan girlfriend dia tu kekurangan banyak darah.Oleh kerana sayang “banget” ngan girlfriend dia,si boyfriend ni telah mendermakan banyak darah kat girlfriend dia ni.

Setahun dari kejadian tu, si girlfriend ni telah berkenalan dengan sorang mamat yang macho dan dia terus jatuh cinta ngan mamat tue.Aper lagi, si girlfriend ni pun putuskanlah hubungan dia ngan boyfriend dia yg lama tu.Si boyfriend ni punyalah geram, dan dia berkata,

“Tak kenang budi punyer awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu”!!

Si girlfriend yang sedang datang bulan membalingkan tuala wanitanya ke arah boyfriend dia dan berkata,

“Nah aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!”

Singular dan Plural

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu”is one, “dua”is two,”tiga”is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…

Sumber : Dari Forum

Comments

  1. 802023 937515Attractive part of content material. I just stumbled upon your internet site and in accession capital to claim that I acquire in fact enjoyed account your weblog posts. Any way Ill be subscribing to your feeds and even I achievement you get entry to constantly swiftly. 507941

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest