Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 8

Assalamualaikum…

Jom kita hiburkan diri pada petang ni dengan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 8.

Cerita 1

Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu..
Awang: Helo cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??
Cikgu: pukul 9 pagi..
Awang: cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..
Cikgu: rajinnya kamu…kenapa nak bukak awal??
Awang: saya kena kunci dalam perpustakaan……..

Cerita 2

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah letakkan sesuatu benda, jangan lupa tempatnya!

Cerita 3

Seorang pegawai polis tiba di tempat kemalangan, kelihatan seorang lelaki india tua terbaring di tepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. Pegawai polis tadi memangku lelaki itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

Polis : Anne, apa pasal boleh eksiden?

India : Semua orang gila tuan, bawa laju2.

Polis : Siapa bawa laju anne?

India : Saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.

Polis : Ooo…

India : Saya pigi kedai, balik kidai saya bawa motor. Ada lori, banyak laju makan saya punya jalan. Mau langgar saya punya motor. Nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.

Polis : Nasib baik anne. Habis siapa langgar anne?

India : Belum abis cerita la tuan. Lagi satu kereta makan saya punya jalan. Mau langgar saya punya depan, saya elak. Tarak jadi langgar.

Polis : Pergh….Nasib baik. Jadi siapa yang langgar?

India : Itulah tuan, dua kali saya boleh elak. Lalu itu selekoh, ada satu pokok bawa banyak laju. Saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. Boommmm! Itu pokok sudah langgar saya. Itulah cerita tuan.

Polis : Cet! Confirm mabuk todi ni.

Cerita 4

Ajoi membuat teka-teki kepada Sumardi, Pancis, Sharom dan Fendi.

Di dalam hutan yang sangat tebal terdapat sebuah pohon kelapa yang sangat tinggi. 3 ekor binatang, Singa, zirafah, monyet, dan tupai kebetulan lalu di situ.

Mereka memutuskan membuat pertandingan untuk melihat siapa yang tercepat yang mendapatkan pisang dari pokok tersebut.

Korang teka siapa yang paling cepat?

Jawapan korang akan menentukan kualiti personal diri anda, pilih dengan hati-hati…

Jawab dalam masa 30 saat…

……
……….
………..
…………..

Sumardi: Monyet!
Ajoi: lu sengal…!
Sharom: Kompom tupaikan?
Ajoi: Salah jugak!
Pancis: Zirafah! Pasal leher dia panjang!
Ajoi: lu sengal macam Madi..!
Fendi: Kalau semua salah tentu jawapannya Singa!
Ajoi: Lu lagi sengal ngalahkan aku!

Sumardi: Kalau semua salah tentu soalan ko yang salah, apa jawapannya?

Ajoi : Pokok Kelapa mana ada buah pisang Mwa Ha Ha..

Cerita 5

Raja dan Kudanya….

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?” Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
“Cubalah kalau boleh”.Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya!”Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?” Dengan selambanya budak tu jawab, “Nak kena jentik lagi…??”

Cerita 6

Seorang askar rejimen PPH berjumpa dengan seorang Tok Batin.Mereka mula bersembang pasal makanan dari makanan kampung hinggalah ke makanan western.

Tok Batin tu tak mengaku kalah,tiap-tiap makanan yang diceritakan oleh askar itu semuanya dia dah cuba.

Mula -mula cerita pasal KFC,” Tu shaya dah terai dah ,shedap….”
Lepas tu cerita pasal Pizza Hut,” Tu shaya dah terai shedap……”

Pasal Mc Donalds,” Tu juga saya dah terai,shedap…..”

Askar tu dah syak Tok Batin ni temberangkan dia.Lalu dia dapat idea nak menggenakan Tok Batin yang sombong dan berlagak ini.

Askar tu pun tanya,”Tok Batin pernah makan kari kepala ikan?”
“Tu pun shaya dah terai,shedap……”jawaban biasanya

Askar tu tanya lagi,”Tok Batin pernah makan kepala keretapi?”
“Tu pun shaya dah terai,shedap….”.Sah memang dia tipu…

Iklan Menarik

Jom Nikmati Rainbow Buttercream Cupcakes / Chocolatey Muffins from Craves4Cakes | Rawatan Kecantikan Muka | Pemegang iPad yang cantik | Promosi Khas Rawatan Kecantikan | Jom Ke spa untuk persiapan raya | Hilangkan bulu roma | Koleksi kaftan untuk Aidilfitri

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest