Contest Oh Kunci! by Arieza!

Oh kunci….
Kerana kunci aku berada disini,
Kerana kunci aku terkunci,
Terkunci di hati nun jauh di sana,
Menanti sebuah kehidupan yang terkunci,
Namun apa daya kau hanya kunci,
Yang mengajar aku erti sebuah kebebasan,

Saat ku terlena,
Melewati mimpi-mimpi indah bersamamu,
Adakah kau masih mengimbau kenangan indah bersamaku,
Gurau senda…senyuman manismu,
Apakan daya,
kita berjumpa di dalam mimpi sahaja,
cukuplah walau hanya seminit,
masa yang singkat tak bermakna terpisah selama-lamanya,

Andai hatiku terluka,
Janganlah kau terluka sama,
Ku tahu engkau amat tabah,
Sabar adalah kunci di dalam sandiwara ini,
Biarlah hari-hari berlalu dengan girangnya,
walaupun tanpa ku di sisi,
walaupun jauh di mata,
namun kita dekat di hati,

Andai dapat ku undurkan masa,
Ingin ku bawa mu ke ruang angkasa,
yang bebas tanpa terkunci,
yang selamat untuk kita berdua,
hanya kita berdua….,
Mungkinkah bahagia itu milik kita,
Mungkinkah cinta itu mula menyinar,
Mungkinkah kunci tidak lagi menghalang,
Oh…baru ku sedar,
Segala-galanya telah berubah,
Rona-rona kehidupan berlegar-legar,
Menyaksikan sepasang kekasih menjalinkan cinta,
Bahagia akan pasti menjadi milik kita bersama,

Oh…Kunci,
Terima kasih kerana menemukan aku dengan si dia,
Aku terhutang budi denganmu oh..kunci,
Keranamu aku menemui cinta,
Walaupun dulu ku tidak tahu erti cinta,
Kini,Cinta itu terlalu indah buatku,
Moga hidupku bahagia,
Terima kasih sekali lagi oh kunci…..

>>> Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest