Dugaan Seorang Blogger

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ? diharapkan semua rakan-rakan blogger,facebook dan twitter berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Berbalik pada tajuk entri ni yang berbunyi Dugaan Seorang Blogger.Apabila kita tengok perkataan Dugaan tu je ,mesti dah ramai tahu makna dia kan ? .Apa yer kalau dugaan -dugaan yang sering dihadapi blogger ni.haa kalau nak tahu jom sambung baca entri ni.

1. Masalah Internet

Kalau nak berblogging ni memang perlukan connection internet,bab ni aku rasa semua dah merasa masalah berkaitan internet,tak kira la korang menggunkan streamyx,maxis / digi / celcom broadband.Kepada sesiapa yang follow blog ni dan tentu tahu masalah yang aku hadapi di Streamyx oh Streamyx dan juga Streamyx Oh Streamyx Part 2.
Aku pun guna streamyx ni kat cc je,so korang faham-faham la yer,kalau line laju tu memang aku dah balun layan blogwalking.

2. Kekurangan Idea

Kalau ade blog ,tentu kita nak update blog selalu kan ? . Situasi macam ni aku pernah kene gak la.Langsung tiada idea apa aku nak tulis kat blog.Tetapi kalau idea datang mencurah,mesti dalam sehari tu ade 2 atau 3 update.Aku pun tengah cari idea untuk update blog sehari sekali,itupun kalau tak busy dengan kerja.

3. Blog Bermasalah

Bila ada blog ni,kita mestila nak cantik dan senang pengunjung nak melawat dan membuat kunjungan balas.Macam-macam kita cari plug in dan install,kemudian error itu dan ini,bila fikir balik baik minimumkan penggunaan lug in hanya guna yang penting sahaja.

Aku masih teringat pesanan seorang sahabat,kene rajin backup blog ni selalu 9kalau boleh sehari sekali) ,ye la kan mana kita tahu blog ni error,kalau dah backup kira selamat la sikit entri serta komen korang kat blog tu.

Pemilihan domain dan hosting juga amat penting bagi menjamin blog korang selamat dan stabil.

4. Masalah Komputer / Laptop

Dalam konteks ni,kena menitikberatkan penjagaan komputer dan laptop korang.Aku pernah gak menghadapi masalah komputer “jam” tak tentu pasal.Nasib baik la aku boleh format sendiri komputer.Kepada mereka yang mempunyai komputer atau laptop,sila la buat langkah awal dengan memeriksa semua perkakasan komputer atau laptop secara berkala,kalau semua ok baru la syok hendak blogging kan ?

5. Kesibukan Bekerja

Sekarang ni ,ramai blogger yang mempunyai pekerjaan yang baik,dah tentu 80 % tertumpu pada pekerjaan .Kadang-kadang sibuk dengan meeting sana sini ada juga kene outstation dan sebagainya.Lama-kelamaan blog terbiar macam tu sahaja.

6. Gaya Penulisan

Gaya penulisan juga amat penting di dalam blog korang,bukan sahaja semasa menjawab soalan peperiksaan SPM atau PMR.Mungkin ramai di antara blogger masih terikut-ikut dengan gaya penulisan blogger idola.Itu tak salah janji jangan ikut 100 % dah la yer.

7. Kekurangan Promosi

Kalu nak blog korang famous,tentu la kene rajin promosi blog korang kat mana-mana laman sosial seperti Myspace,Tagged,Hi-5 dan yang menjadi trend terkini di twitter dan facebook.Tak lupa juga di dalam forum-forum yang korang selalu lepak.

memang ramai akan bersetuju bila kita meletakkan url blog di lama-laman sosial tersebut dan secara tidak alngsung akan menarik pengunjung baru melawat ke blog kita dan juga menaikkan traffik pengunjung tak kira yang lama atau baru.

8. Tidak Berani Mencuba

Tak salah kalau kita mencuba benda baru di dalam blog ni.Macam-macam boleh buat dengan blog,sama ada bisnes online,kelab peminat,review lagu atau tayangan filem terkini.

Secara tidak langsung blog kita penuh dengan pelbagai info yang terkini dan ini akan menaikkan namadan ranking blog.

9. Sikap Blogger

Aku rasa yang ni paling penting la..Kalau blogger lama tegur tentang blog kita,seharusnya kita harus menerima dengan terbuka.Bukannya mengutuk balik di belakang ok.Di dalam dunia blogging ni semua blogger dah macam satu family,adat la kalau tegur-menegur tu.Kita terima sengan positif ,elakkan tanggapan yang negatif.

Selama 2 tahun lebih aku layan blog,aku jumpa macam-macam perangai blogger,ermm aku rasa tak payah la cerita kat sini,korang faham-faham sendiri la.Dan apa yang penting,sememangnya seronok apabila mendapat rakan dari kalangan blogger ni,ye la kan semua sekepala mempunyai blog.Dari situ kita akan jadi seorang yang peramah dan sentiasa bertukar-tukar idea dan pandangan.

P/s : nampaknya sampai di sini je la entri aku pada hari ni,kalau ade rezeki aku akan buat entri ni di bahagian ke 2 pulak yer.

Comments

  1. Hi, this weekend is ploeasant for me, since thhis time
    i am reading this great informative paragraph here at mmy home.
    professional cleaning services richmond va recently posted..professional cleaning services richmond vaMy Profile

  2. I like thee valuable info you provide in your articles.
    I will bookmark your blog annd check again here regularly.
    I am quite ccertain I wioll learn lots of new stuff right here!
    Good luck for the next!
    Install solar panels recently posted..Install solar panelsMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest