E Book Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu

Salam semua

Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.

Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.

Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.

Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, “Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya”.

Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok! Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!

Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku…Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa… untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!

Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi “Hamba Rokok” untuk selama-lamanya… bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan… tapi untuk selama-lamanya…

Untuk tujuan itu, penulis telah pun membukukan “Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!”. Beliau harap, ianya dapat membantu anda di penulis yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?

Inilah dia ebook yang telah penulis tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-

2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok.

Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.

5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok.

Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha

4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok.

Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!

Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok.

Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.

Tempoh Pantang Merokok.

Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.

Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok.

Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.

Rokok Terakhir

Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.

Amaran Terakhir.

Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.

Saat Kebenaran.

Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!

E book ini ditulis oleh :

Fariz Rizal
admin@jomberhentimerokok.com

P/S : Dapatkan e book ini jika anda benar-bernar ingin berhenti merokok dengan harga RM30.00 sahaja.Hanya klik di sini atau banner di bawah :-

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest