Hari Yang Baik Untuk Memulakan Pekerjaan

Assalamualaikum

Mesti ramai yang terfikir-fikir tentang Hari Yang Baik Untuk Memulakan Pekerjaan,saya terjumpa satu email berkaitan dengan tajuk ni,kira sesuai untuk dijadikan panduan untuk semua.

AHAD

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang hari Ahad. Lalu baginda menjawab, maksudnya; Hari Ahad adalah hari baik untuk bercucuk tanam dan membuat bangunan. Lalu para sahabat bertanya, kenapa demikian ya Rasulullah. Lalu baginda menjawab, maksudnya; Kerana pada hari Ahad Allah memulakan penciptaan dunia dan membangunkannya.

Maka ulama mengatakan bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Maka eloklah bagi sesiapa yang berhajat mendirikan binaan dan bercucuk tanam dengan memulakannya pada hari Ahad.

Gambar Dari Google

ISNIN

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah dtanya tentang hari Isnin. Lalu baginda menjawab, maksudnya; Hari Isnin ialah hari yang baik untuk musafir dan berniaga. Lalu ditanya lagi ole Anas bin Malik, mengapakah dinamakan dengan demikian ya Rasulullah?. Lalu jawab baginda, maksudnya; Kerana pada hari Isnin Nabi Syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan telah mendapat untung yang banyak.

Allah s.w.t. menciptakan matahari untuk menerangi alam pada hari Isnin. Maka bagi sesiapa yang berhajat untuk memulakan perjalanan (musafir) eloklah memulakannya pada hari Isnin.

SELASA

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang hari Selasa. Maka baginda s.a.w menjawab, maksudnya; Hari Selasa adalah hari berdarah. Sahabat lalu bertanya, kenapa dinamakan hari berdarah ya Rasulullah?. Lalu baginda pun menjawab, maksudnya; Kerana hari itu Siti Hawa mula didatangi haid dan hari itu mulanya berlaku pembunuhan Anak Adam (Habil dan Qabil) membunuh saudaranya.

Menurut ulama, Allah s.w.t. menciptakan sekelian haiwan dan binatang ternakan yang halal disembelih dan ditumpahkan darahnya. Maka eloklah bagi sesiapa yang berhajat untuk membuang darah (berbekam) melakukannya pada hari Selasa.

RABU

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat tentang hari Rabu. Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya bermaksud; Hari Rabu ialah hari kebinasaan yang berkekalan. Lalu sahabat bertanya mengapakah ianya dikatakan demikian. Baginda s.a.w bersabda, maksudnya; Kerana hari itu Allah menenggelamkan Firaun bersama kaumnya, kaum Thamud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum nabi Saleh, juga dibinasakan oleh Allah s.w.t pada hari Rabu.

Menurut para ulama’, Allah s.w.t. menciptakan laut dan sungai-sungai yang membolehkan airnya diminum. Maka kepada sesiapa yang berhajat untuk meminum/mengambil ubat melakukannya pada hari Rabu.

KHAMIS

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang hari Khamis. Lalu jawab baginda s.a.w. maksudnya; Sesungguhnya hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat. Tanya sahabat lagi; kenapa dikatakan begitu Ya Rasulullah?. Baginda pun menjawab, maksudnya;Kerana Nabi Ibrahim Khalilullah pergi ke istana raja Mesir, dan raja Mesir telah memperkenankan hajatnya dan mengembalikan isterinya yang bernama Siti Sarah.

Menurut ulama pula, Allah s.w.t. menciptakan syurga dan neraka serta menjadikan manusia yang berhajat untuk masuk syurga dan melepaskan diri dari azab neraka. Maka kepada sesiapa yang berhajat untuk menanyakan seseorang eloklah dilakukan pada hari Khamis.

JUMAAT

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang hari Jumaat. Lalu Baginda s.a.w. menjawab, maksud sabdanya; Hari Jumaat ialah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan. Sahabat bertanya lagi, kenapa begitu Ya Rasulullah? Maka Rasulullah pun menjawab dengan maksudnya; Kerana bahawasanya ramai nabi-nabi yang bernikah pada hari itu.

Menurut para ulama, Allah s.w.t. menciptakan Adam dan Hawa serta menikahkannya pada hari Jumaat. Maka kepada sesiapa yang berhajat melangsungkan perkahwinan, eloklah dilakukan pada hari Jumaat.

SABTU

Saidina Ali K.w menyatakan dalam bait-bait syairnya bahawa hari Sabtu ialah senikmat-nikmat hari, maka ianya baik untuk berburu jika engkau kehendaki

Semoga kita semua diberkati dan segalam amalan kita diredhai Allah.

 

Sumber : Dari Email

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest