HIDUP SEORANG BLOGGER 2

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Apa khabar rakan-rakan sekalian,diharapkan berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga dan blog kesayangan.Alhamdulillah dapat juga aku membuat entri ke dua untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh Bro Denaihati

Sepertimana di entri pertama aku di sini,Pengalaman aku sebagai blogger memang banyak,terutama sekali apabila mula kenal rakan-rakan yang sekepalaminat dengan blog.So memang penuh la kegiatan seharian aku dengan blog.Dari bersembang dengan rakan-rakan blogger,blogwalking dan sebagainya.Dengan erti kata lain Makan Blog,Tidur Blog,Semuanya pasal blog la.Sehari suntuk duduk di dalam bilik menghadap komputer pun tak apa,janji puas hati apabila menghadap blog kesayangan.

Apabila blogwalking ke blog rakan-rakan blogger,memang tak dinafikan pelbagai theme dan rekabentuk blog yang ada.Jadi semakin teruja untuk mengubahsuai theme blog agar lain dari yang lain.Pernah jugak blog aku mengalami kerosakan theme akibat gatal tangan aku sendiri.tetapi itu tidak melunturkan semangat aku untuk berblogging ni.Semenjak menggunakan domain dan hosting sendiri,aku lebih teruja untuk mengedit blog ni.pelbagai rancangan aku buat untuk blog,dari segi pemilihan theme,widget dan sebagainya.Ini adalah untuk melajukan loading page dan secara tidak langsung mampu menarik pengunjung untuk datang melawat blog.

Apabila berblogging ni,aku ada juga mendapat side income atau pendapapat sampingan dari Nuffnang.Apabila sebut sahaja pasal Nuffnnag,mesti ramai yag sudah tahu apa peranan Nufnang terhadap blog kan ? Bagi yang tak tahu pula aku terangkan serba sedikit pasal ini yer:-

Nuffnang adalah sebuah program buat duit seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click atau pengiklanan seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain.

Ternyata dunia blogging ni memang seronok kalau kita pandai menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan.

Untuk maklumat tentang pendapatan yang aku dapat dari blog ni boleh la rujuk di Terima Kasih Nuffnangdan Terima Kasih Nuffnang Part 2

Sebelum terlupa,semasa aktif di dunia blogging ni,aku pernah sekali terkena bahana provider hosting buat hal.Dah tentu ramai yag tahu blog aku ni asyik down dan down je kan semasa mula-mula memakai domain wazy84.com ni.Untuk mengetahui cerita tu dengan lebih lanjut,korang boleh klik di Rumah a.k.a Hosting Baru.Aku amat berpuas hati apabila menggunakan khidmat hosting dari Fivio.Diam tak diam dah masuk 7 bulan aku menggunakan khidmat dari Fivio ni.Jadi kesimpulannnya di sini,pemilihan domain dan hosting amat penting untuk menjadikan blog kita stabil tanpa sebarang masalah dan kecacatan yang berlaku.

Dari segi pengurusan masa pula,semenjak aku mendapat pekerjaan baru ni,masa terhadap blog amat terhad sebab hanya berkesempatan melayari blog kesayangan pada sebelah malam sahaja.Walaupun begitu,aku akan menggunakan masa yang sedikit tu dengan sebaik-baiknya untuk membalas kunjungan serta komen dari rakan-rakan blogger.Dan yang penting kita tak lupa akan kewajipan kita kepada yang maha esa iaitu menunaikan solat tepat pada waktunya.Blog… blog juga tapi sembahyang jangan tinggal ok.

Sekian sahaja entri ke2 ni dari aku.Kepada rakan-rakan yang menyertai contest ni ,aku ucapkan selamat berjaya.

P/S : Contest Hidup Seorang Blogger yang di anjurkan oleh bro Denaihati disponsor oleh eQurban.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest