HIMPUN – Himpunan Sejuta Umat

Assalamualaikum…

Sebagaimana digembar-gemburkan oleh media massa sama ada di akhbar-akhbar tempatan mahupun di stesen-stesen televisyen tempatan,pada hari Sabtu ini (iaitu esok) 22 Oktober 2011 akan di adakan HIMPUN – Himpunan Sejuta Umat bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang.Program Himpunan Sejuta Umat dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing.Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun
  • Perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Garis Panduan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)

Berikut adalah garis panduan yang disediakan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta yang akan hadir ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

  • Peserta dilarang berhimpun di luar stadium serta mengganggu perjalanan lalu lintas
  • Peserta hendaklah masuk secara aman dan meninggalkan stadium secara aman
  • Peserta diminta berpakaian sopan dan menutup aurat sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
  • Peserta tidak dibenarkan membawa atau mengedarkan apa-apa risalah selain dari berkaitan dengan tema perhimpunan
  • Peserta tidak dibenarkan membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan*
  • Peserta dilarang membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan
  • Peserta dilarang membawa sebarang bentuk senjata atau barang2 yang merbahaya seperti mercun dsbnya ke dalam kawasan perhimpunan berlangsung
  • Peserta digalakkan membawa sajadah dan pakaian untuk solat (perempuan).
  • Peserta himpunan diminta mematuhi setiap arahan dan memberi bekerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung
  • Peserta himpunan diminta bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan.

Slogan yang dibenarkan oleh pihak Sekretariat adalah seperti berikut :

a. Selamatkan Aqidah Umat

b. Jangan Gugat Kedudukan Islam

c. Bersatu Selamatkan Aqidah

d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat

e. Hidup Melayu Hidup Islam

f. Pertahan Institusi Raja

g. Daulat Tuanku Allahuakbar!

h. Suara Umat Suara Keramat

i. Satu Ummah Satu Aqidah

j. Hormati Islam Agama Negara

k. Bersama Cegah Murtad

l. Hentikan Usaha Pemurtadan

Video HIMPUN

Maklumat lanjut tenatng HIMPUN juga boleh diikuti di :-

Facebook : http://www.facebook.com/pages/HIMPUN/281101321908972

Twitter : http://twitter.com/himpunumat

Laman Web : http://himpun.org/

P/S : Marilah kita sebarkan HIMPUN ini agar ianya berjaya.

Sumber : http://himpun.org/

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest