Huawei Pembekal Internet Maxis

MAXIS Berhad, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka melantik Huawei sebagai pembekal ekslusif bagi jaringan Internet Berkelajuan Tinggi Generasi Akan Datangnya, termasuk membina dan menguruskan jaringan perkhidmatan penuh Gentian Optik Ke Geganti (FTTx) menggunakan teknologi Rangkaian Optikal Pasif Gigabit (GPON)

DIMETERAI…Presiden Perkhidmatan Teknikal Global Huawei, Yao Fu Hai (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Overbeke sambil disaksikan Pengarah Urusan Huawei Malaysia, Dai Jingyue (kiri) dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua rangkaian dan Teknologi Maxis, Mark Dioguardi.

Ini akan menawarkan pelanggan Maxis perkhidmatan gabungan mudah alih tetap yang baru (FMC), termasuk perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi apabila ia disiapkan dalam tahun ini. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Jumaat lalu, satu perjanjian sudah dimeterai pada 19 Ogos lalu di Kuala Lumpur bagi mengesahkan perkongsian itu.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke berkata, termeterainya perjanjian itu membuktikan komitmen Maxis untuk memiliki rangkaian terbaik di negara ini dalam usahanya menyediakan perkhidmatan masa depan yang akan meningkatkan kualiti gaya hidup masyarakat.

“Rangkaian Internet berkelajuan tinggi generasi depan ini sebahagian daripada komitmen Maxis untuk menyediakan kepada lebih 12 juta pelanggan dengan pengalaman lebih baik terutama ke atas produk dan perkhidmatan seperti perdagangan, pendidikan, kesihatan, hiburan dan sebagainya,” katanya.

Di bawah perjanjian itu, Huawei akan bertanggungjawab menyediakan pakej perkhidmatan siap guna dari awal hingga akhir yang termasuk peralatan aktif dan pasif, reka bentuk jaringan pengagihan optik menyeluruh dan pengurusan pembinaan bagi pembinaan jaringan Internet Berkelajuan Tinggi Generasi Akan Datang Maxis.

Sebaik projek itu disiapkan, satu rangkaian rumah di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru akan dihubungkan berasaskan batuan terakhir menggunakan teknologi gentian optik ke rumah (FTTH).

Sumber : Harian Metro

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest