Jenis-Jenis Kuih

Assalamualaikum…

Dalam banyak-banyak kuih,mesti ada rahsia disebalik nama kuih tersebut kan ? Kebetulan hari ni dapat satu email tentang jenis-jenis kuih,memandangkan mood hari raya dah semakin hampir,sana sini situ sibuk bercerita pasal kuih untuk berbuka puasa atau kuih raya.Mungkin ada di antara rakan-rakan sekalian kenal salah satu kuih-muih ni..hehe..jom baca sampai habis.

Kuih paling gangster- Lompat Tikam

Kuih paling seksa seksi – Puteri Mandi


Kuih paling keji – Taik Itik

Kuih bajet cute – Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda – Seri Muka

Kuih paling alim – Kuih Ketayap

Kuih suka pukul – Kuih Lompang

Kuih dalam zoo – Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik – Kuih Sampret

Kuih yag bangun sendiri – Kuih Bangkit

Kuih org x mandi – Kuih Bau-lu atau Bahulu

Kuih paling tenteram – Kuih Makmur

Kuih paling lembap – Kuih Siput

Kuih paling sedap – kuih free 🙂

P/S : selamat membaca,jangan terliur pulak,lambat lagi nak berbuka puasa ni,hehe

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest