Kehidupan Seharian Blogger

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Apa khabar rakan-rakan sekalian ? Semoga semua sihat walafiat di samping keluarga dan blog tersayang.Oklah pada hari ni aku nak ceritakan tentang Kehidupan Seharian Blogger.Mesti ramai dah tahu dan belum tahu apa seorang blogger lakukan dalam sehari 24 jam kan ? Jom kita baca sampai habis entri ni.

Dalam masa 24 jam di dalam kehidupan blogger ni,macam-macam dorang boleh lakukan,antaranya selepas masuk kerja pada waktu pagi,benda yang mereka semak adalah blog masing-masing,sama ada membalas komen-komen para pengunjung blog .Sambil tu kene la cover ,takut boss pula marah sebab syok layan blog tapi tak buat kerja.Kalau dah ada masa terluang memang kena gunakan secukup-cukupnya untuk blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain,tak kira la sekadar meninggalkan jejak atau membalas komen.Secara tidak langsung dapat juga tolong-menolong menaikkan traffic blog.

Bila dah masuk waktu untuk makan tengah hari,slow-slow log out blog,sebab perut dah berkeroncong menandakan kena mencari sesuatu untuk di makan,jangan pula asyik duduk di depan pc dan leka layan blog sampai terlupa untuk makan dan minum.Kalau sakit sapa juga yang susah nanti.

Apabila sudah selesai makan dan minum,dah duduk depan pc,buka twitter (benda ni aku rasa ramai dah addict) sembang-sembang dengan rakan-rakan blogger lain,tak kira la sekadar merapu atau membincangkan sesuatu topik pilihan.Tak mustahil aku bagitahu blog dengan twitter sekarang ni menjadi benda wajib untuk dibuka bagi seorang blogger,sebab ramai rakan-rakan yang boleh kita kenal dan secara tidak langsung menambah kenalan tak kira di mana jua mereka berada.Sembang-sembang di twitter tu sambil buat kerja jugak kan,kalau aku la,time bz memang tak online blog dan twitter pun(mesti ramai yang pernah lalui situasi ni).

Benda yang sama juga ,kalau ada masa terluang time petang,blogwalking serta membalas komen rakan-rakan.Kalau ada idea,terus buat entri terbaru di blog.Apabila sebut membuat entri baru ni,ikut mood blogger tu juga,ada yang suka update pada waktu pagi,petang dan malam,dan yang penting blog update juga.Sampai di sini ada yang dah bersiap-siap untuk balik kerja,dalam otak masih terfikir-fikir apa yang nak buat pada blog,hehehe.kebiasaannya ramai blogger mencari idea untuk mencantikkan lagi blog agar tersusun rapid an kemas (kira buat housekeeping juga la).

Sampai di rumah,kena rehat dulu,kalau otak serabut dengan kerja,memang kena rehatkan otak tu,tak kira la tidur ke atau sebaliknya.Dan yang penting jangan lupa menunaikan kewajipan kita sebagai orang islam iaitu solat.Bagi blogger yang masih bujang,memang terus on computer dan mengadap blog dan twitter sekali lagi.Blogger yang telah mempunyai keluarga mesti meluangkan dulu masa kepada anak-anak atau isteri.

Kira-kira pukul 10 atau 11 malam,kebiasaaanya ni time yang baik untuk sembang-sembang dengan rakan-rakan blogger di twitter.Kalau yang rajin tu mesti buat draf atau publish entri terbaru.masa ini juga digunakan untuk blogwalking dan membalas komen di blog.Apabila mata dah tersangat mengantuk dan tak tahan lagi untuk sembang dan blogwalking,kena la tidur pula,bagi blogger yang bekerja pada keesokkan hari ,ramai yang offline lebih kurang pada pukul 1 pagi.Sebagai seorang blogger pun kena tahu untuk cukup tidur demi manjamin mata yang segar pada esoknya untuk bekerja.

Sampai di sini sahaja aku coretkan pasal kehidupan seharian Blogger ni,kepada rakan-rakan yang melawat blog ni,sila la ceritakan pengalaman korang sebagai blogger yer

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest