Kenali Jenis – Jenis Panel Kawalan Web Hosting

Assalamualaikum

Setelah kita mengetahui Tips Pemilihan Hosting , Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Nama Domain Yang Baik dan juga Perbezaan Antara Parked, Sub dan Add-On Domain,banyak kali terjumpa perkataan cPanel.

cPanel ni adalah salah satu jenis Panel Kawalan (Control Panel) Web Hosting. Apa pula yang dimaksudkan dengan Panel Kawalan ni ? Panel kawalan (Control Panel) ialah perisian yang digunakan dalam Web Hosting bagi memudahkan pengendalian pelayan. Jenis panel kawalan adalah penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah Web Hosting. Terdapat banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran antaranya ialah seperti Plesk, Ensim, Helm, DirectAdmin, CPanel dan lain-lain. Sila rujuk pembekal Web Hosting anda bagi mengetahui jenis panel kawalan yang digunakan mengikut pakej yang dibeli.

Di bawah ni senarai jenis-jenis panel kawalan yang biasa digunakan dalam industri Web Hosting:

Pleask

Plesk ialah panel kawalan yang dibangunkan oleh SWsoft untuk pelayan Window dan Linux. Ia mengandungi banyak sokongan perisian seperti SpamAssassin, Application Pack, Helpdesk, Tomcat, ColdFusion, dan MSSQL. Plesk direka untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran laman web. Panel kawalan ini banyak digunakan dalam pelayan jenis khusus (Dedicated Server) bagi mengurangkan kos dan penggunaan sumber sambil meningkatkan kemampuan dan kecekapan.

Helm

Helm ialah sistem kawalan pengurusan pelayan berbilang untuk Web Hosting berbasiskan Windows 2000 dan 2003. Helm amat mudah digunakan untuk kerja-kerja pengendalian pelayan. Menyokong ciri-ciri asas yang diperlukan untuk pengendalian web seperti Application Pack, modul Billing, ODBC DSN dan lain-lain. Helm adalah panel kawalan yang paling stabil untuk Windows.

cPanel

Cpanel ialah panel kawalan edaran cPanel Inc. direka untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan web. Panel kawalan yang kaya dengan ciri-ciri dan antaramuka yang ringkas (GUI) telah menjadikan Cpanel antara panel kawalan paling popular dalam industri Web Hosting. Cpanel berjalan dalam platform Linux dan didatangkan dengan pelbagai sokongan perisian seperti Fantastico, Statistik, Cron, phpMyAdmin, Backup/Restore dan lain-lain.

DirectAdmin

DirectAdmin ialah panel kawalan paling stabil untuk platform Linux. Dikenali dengan jolokan “the fastest control panel”, DirectAdmin mengandungi kemudahan dan ciri-ciri asas yang diperlukan oleh seseorang pengendali web. Terdapat satu ciri istimewa yang dipanggil “autorecovery”, sistem akan memperoleh kembali sekiranya panel kawalan ini gagal akibat daripada “crash”. Antara sokongan perisian yang disediakan dalam DirectAdmin ialah; SpamAssassin, phpMyAdmin, SSL Shared, dan Installatron.

Sumber Dari Anamarzablog.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest