Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Assalamualaikum Semua

Hari ni saya nak join contest yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Oh! Media Network .Mesti dikalangan rakan-rakan dah kenal Oh! Media Network ni kan ? Nama contest ni pula ialah
Contest Mudah Mengenai Oh! Media

Apabila sebut Oh! Media Network ni ,mesti ramai yang kenal founder dia bukan? siapa lagi kalau tak bukan saudara Khai.Beliau ni peramah juga walaupun saya masih belum berkesempatan berjumpa dengan beliau.

Sedikit info mengenai Oh! Media Network :-

Oh! Media Network adalah sebuah syarikat berdaftar (registered with SSM Berhad) yang bertapak di Kuala Lumpur, Malaysia. Memiliki ramai krew terlatih bergelar graduan hebat dari Multimedia University dan Limkokwing University.

Oh Media adalah web pioneer network yang paling dikenali di Malaysia pada ketika ini. Mereka lebih dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan projek bernama “OH” di pangkal domain.Oh! Media diasaskan oleh Khai pada 1 November 2008.

Ok berbalik kepada contest ni,Kenapa Saya Suka Oh! Media Network ?

1. Blog-Blog Menarik Dari Oh! Media Network

  • Oh! Tidak – Koleksi Gambar-Gambar Menarik, Pelik dan Seram
  • Oh! Artis – Gosip-Gosip Artis dalam Dan Luar Negara
  • Oh! Dara -Info tentang perihal Rumah Tangga Dan Suami Isteri
  • Oh! Jika – Sambung Ayat dari crew dorang dengan “saya akan” atau “saya takkan” (seronok juga ni)

Setiap website atau blog berkenaan mempunyai niche berlainan dan yang paling mengagumkan mempunyai peminat yang tersendiri juga.Jika tak percaya boleh klik ke blog-blog berkenaan.

2. Gaya Penulisan Yang Tersendiri

Memang diakui ramai,Oh! Media Network memang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan secara tidak langsung mengumpul ramai pengikut termasuk saya.Senang cerita korang tak akan rasa jemu apabila membaca setiap update terbaru dari Oh! Media Network ni.

3. Fan Pages Yang Mesra Pengguna Di Facebook

Bagi yang mempunyai akaun facebook,korang wajib LIKE Oh! Media fan page.Dengan menyertai fan page berkenaan korang akan dapat update terkini dari blog-blog di bawah naungan Oh! Media Network secara terus dari facebook yang bakal menceriakan hari anda.Korang akan disajikan dengan pelbagai gambar dan juga video tak lupa juga artikel-artikel yang menarik dari fan pages berkenaan.Jadi apa tunggu lagi,cepat-cepat la LIKE di fan pages Oh! Media fan pages.Fan pages Oh! Media juga berada di tersenarai di 50 fanpages paling popular

Boleh juga tengok di sini http://www.greyreview.com/2010/11/04/50-most-popular-facebook-pages-in-malaysia/

Harap satu hari nanti fan pages Oh! Media Network akan naik di rangking tersebut dan kepada mereka yang belum menyertai fan pages ni,saya sarankan sekali lagi untuk LIKE di http://www.facebook.com/ohmedianetwork

4. Krew Yang Sungguh Sporting

Pada pendapat saya,krew Oh! Media memang terbaik ,jika tak percaya korang boleh lihat di wall fan pages atau di blog.Mereka tidak sombong dan rajin membalas komen.Kalau korang ada gambar atau artikel yang menarik untuk dikongsi,boleh email terus kepada hi@ohmedia.my.Insya Allah krew-krew tersebut akan menerbitkan gambar tersebut terutamanya di blog Oh! Tidak

5. Jumlah Komentar Yang Ramai

Alhamdulillah,setakat ni memang ramai yang suka meninggalkan komen di blog yang berada di bawah Oh! Media terutama di blog kegemaran ramai iaitu Oh! Tidak .Selain komen yang banyak tu,ada juga yang share di facebook dan twitter,kebiasaannya jika mempunyai gambar atau video lawak,pasti ramai yang berebut-rebut untuk meninggalkan komen.

Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat tentang contest ni korang boleh kil di Contest Mudah Mengenai Oh! Media dan jangan lupa untuk follow penganjur contest ni di twitter http://twitter.com/ohtweetdan juga LIKE Oh! Media fan page di facebook untuk maklumat terkini.

Akhir kata teruskan usaha anda (krew-krew Oh! Media) di Oh! Media Network.Saya akan tetap meyokong anda semua.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest