Konvoi Southern Wheel Motorsports Ke Gunung Ledang

Assalamualaikum…

Pada 23 dan 24 Julai 2011 (minggu lepas),Kelab berkereta yang tidak asing lagi di negeri Johor Darul Ta`zim iaitu Southern Wheel Motorsports telah mengadakan aktiviti konvoi ke Gunung Ledang,Muar,Johor.Dengan penyertaan lebih kurang dalam 120 orang dan 62 buah kereta,konvoi pada kali ni boleh dikategorikan sebagai konvoi terbesar bagi tahun 2011.

Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil ketika menyertai konvoi tersebut :-

Ahli kelab berkumpul di tempat letak kereta kawasan Tambak (Pontian Bandar Baru Pontian Perhentian Bas Baru Tambak Pontian) pada pukul 2.00 pagi bersamaan 24 julai 2011.



Kemudian kesemua peserta konvoi bergerak ke Dataran Penggaram Bandaraya Batu Pahat dan berkumpul di situ.

Berhenti di Masjid Tangkak Muar untuk menunaikan sembahyang subuh.

Pada pukul 06.45 pagi kesemua ahli kelab bergerak ke Perhentian Bas Tangkak Muar untuk sarapan pagi.Tiba di Perhentian Bas Tangkak Muar lebih kurang pada pukul 7.15 pagi.

Konvoi bersiap sedia untuk bergerak ke Taman Gunung Ledang , Tangkak Muar,Johor.

Lebih kurang pada pukul 08.45 pagi kesemua peserta konvoi tiba ke Taman Gunung Ledang dan berkumpul di Taman Gunung Ledang Di Tapak yang telah disediakan.

Aktiviti bebas bersama keluarga dan menjamu makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Setelah penat menghabiskan aktiviti bebas bersama keluarga dan rakan-rakan,lebih kurang pada pukul 12.15 tengahhari dan berkemas untuk bertolak ke Johor Bahru serta Membersihkan kawasan perkemahan atau tapak Gunung Ledang .

Pada pukul 12.30 tengahhari,kesemua peserta berkumpul untuk taklimat balik.cabutan bertuah dari pihak penganjur juga diadakan.

Pada pukul 12.45 tengahhari,Sesi bergambar bersama ahli Southern Wheel Motorsports sebagai tanda kenang-kenangan.

Pada pukul 01.00 petang kesemua perserta konvoi bergerak balik ke destinasi masing-masing.Walaupun penat dan mengantuk,jelas terpancar sinar ceria dan gembira pada semua peserta.Alhamdulillah,aktiviti Konvoi Southern Wheel Motorsports Ke Gunung Ledang pada kali ini berjalan dengan lancar sekali.Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli kelab Southern Wheel Motorsports yang secara langsung dan tidak langsung kerana menjayakan aktiviti konvoi pada kali ini.Akhir kata Southern Wheel Motorsports Satu Kelab.Satu Persaudaraan.Satu Ukhuwah Yang Erat.

Comments

  1. 233970 286880I saw a great deal of web site but I believe this one has got something special in it in it 828281

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest