Kronologi Wazy Di Dalam Dunia Blogging

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Dah lama aku tak menulis entri berkisar tentang blog kan ? ok la tanpa membuang masa kali ni aku nak ceritakan serba sedikit kenapa aku terlibat dalam dunia blogging ni.Dengan tajuk pada kali ni Kronologi Wazy Di Dalam Dunia Blogging,mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri ni bunyi dia sedemikian rupa ? Jom baca sampai habis.

Aku tergerak untuk buat blog pada hujung bulan Disember 2007,pada masa tu entri saja-saja je,sambil-sambil tu aku tolong promote server kegemaran aku di mirc tak lain tak bukan MyChatz Inc Network.Mula-mula guna blog ni seronok juga,macam-macam aku boleh edit dan aku mula mengenali rakan-rakan blogger yang sekepala.Blog ni aku sayang nak delete,biarkan je la sampai bila-bila.Untuk tengok blog ni boleh la klik http://wazy.wordpress.com.

Sedang syok-syok blogwalking aku terjumpa blog Killvearn.Com yang kini pemiliknya sudah bertukar domain kepada syahirul.com.Masa tu la aku mula gatal tangan nak cari hosting dan domain.Alhamdulillah kebetulan seorang rakan memberi aku domain dan hosting percuma ,maka lahirlah http://wazy.etika.0lx.net.Banyak kenangan manis ketika aku menggunakan blog tu.Antaranya aku dapat kenal dengan lebih ramai rakan-rakan blogger,skill aku untuk setup wordpress semakin bertambah (dari segi install/ upload theme,plug in dan segala yang berkaitan dengan wordpress),aku juga mula mengenali apa itu Nuffnang (mula berjinak-jinak dengan iklan-iklan nuffnang).Kalau nak terjah blog ni sila ke http://wazy.etika.0lx.net.Tetapi blog ni dah banyak hilang entri berharga sebab tak dapat backup,stiil wujud je tu,hehe

Blogspot ni pulak,saja-saja aku register,dan dapat domain percuma.Dengan erti kata lain,blogspot ni tempat aku mengulangkaji semua perihal edit-mengedit html di blogspot.Banyak juga aku pilih template,sehingga la template yang aku guna sekarang ni masih bertakhta di hati.Boleh terjah di sini http://wazy.inter.net.my

Alhamdulillah,akhirnya aku dah sampai seru untuk kahwin menggunakan domain sendiri.Dengan itu juga wujud blog wordpress self hosting dari aku http://www.wazy84.com.Aku berasa sungguh berpuas hati apabila sudah memiliki self hosting ni.Lagi banyak yang boleh aku teroka untuk memantapkan lagi blog dan secara tidak langsung memainkan peranan penting di dalam dunia blogging di Malaysia bersama-sama rakan blogger yang lain.tak payah terjah pun takpe,sebab korang tengah baca blog ni la,hehehe.

Satu lagi ,aku juga terlibat di dalam aktiviti live blog,update terus dari handphone.Seronok juga guna live blog,korang boleh tengok di sini http://live.wazy84.com

Pada awal bulan September 2010,aku tergerak untuk daftar sebuah lagi platform blog iaitu Tumblr.menarik gak fungsi-fungsi di Tumblr ni,memandangkan telah ramai rakan-rakan blogger juga telah mempunyai akaun di Tumblr.Kalau nak usha,boleh terjah di sini http://wazy.tumblr.com

Pada baru-baru ni aku telah buat fan-pages di facebook,kepada rakan-rakan blogger yang belum like tu,boleh la singgah ke fan pages berkenaan di Dunia Blogging Wazy

Kepada rakan-rakan blogger yang belum bertukar-tukar link ,boleh la ke sini.

P/S : Aku semakin seronok dengan blog ni,macam-macam boleh jumpa,jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger,readers di blog ni,tanpa kalian,mungkin aku tak wujud di arena blogging ni

P/SS : Aku nak korang beri pendapat ,ok tak dengan format blog aku sekarang ni,just beri komen di ruang komen yang disediakan ok.Kalau ada idea boleh la beri sekali untuk memantapkan blog ni.

Comments

  1. It is in point of fact a great and useful piece of information.

    I’m happy that you simply shared this useful information with us.
    Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.
    shitbrix recently posted..shitbrixMy Profile

  2. My relatives all the time say that I am killing my time here at net, except I know I
    am getting know-how all the time by reading thes nice articles or reviews.
    Gayle recently posted..GayleMy Profile

  3. 46099 351508Woh I like your content material , saved to bookmarks ! . 837372

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest