Maksud Virus Dan Malware

Assalamualaikum…

Di dalam dunia internet dan perkomputeran memang tidak terlepas dengan ancaman Virus dan juga Malware.Seringkali kita mendengar ancaman virus dan malware di komputer sama ada hak milik persendirian ataupun sesuatu organisasi.Tetapi,tahukah anda apa itu Virus dan Malware ?Sebelum mencegahnya,adalah lebih elok kita mengetahui Maksud Virus Dan Malware.

Virus Komputer
Sumber gambar dari Google.

Maksud Virus :-

Virus

Kod ditulis dengan maksud untuk mereplikasi sendiri. virus cuba menyebar dari komputer ke komputer dengan melampirkan sendiri kepada program host. Ini boleh merosakkan hardware, software, atau maklumat.

Worm

Satu subclass dari virus.Worm biasanya merebak tanpa tindakan pengguna dan menyebarkan salinan lengkap (kemungkinan diubah) itu sendiri di seluruh rangkaian.Worm dapat mengambil “memori” atau ingatan serta “bandwidth” rangkaian, sehingga menyebabkan komputer berhenti memberi respon.

Trojan

Satu program komputer yang pada pandangan kasar ianya berguna tetapi boleh mengakibatkan kelumpuhan sesuatu sistem serta pertahanannya begitu juga merosakkan.

Maksud Malware

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk masuk ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest