Malware Menyerang Innity

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Hmmm sejak dua hari lepas (bermula 19 September 2010) topik pasal Innity kena serang dengan Malware terlalu hangat tak kira di twitter dan juga facebook.Blog aku pun tak terlepas terkena Malware ni,haizzzz.

Pada mulanya macam tak percaya juga la,jadi aku pun terus buka blog kesayangan ni,tadaaaa keluar la macam ni :-

Semalam aku ada dapat Pengumuman dari pihak Innity,korang boleh klik di sini

Mesti ramai yang tak tahu apa itu Malware kan ?

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Amat menakutkan ,sampai kena format pc,dan yang paling sedih kerosakan yang paling teruk di komputer.Blog ni pun dah bersih dari segala script Innity,tetapi masih lagi dikesan mempunyai Malware =(

Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

Untuk mengambil langkah keselamatan,terutama kepada pengunjung setia di blog ni.Jika anda menggunakan Mozilla Firefox boleh ikut panduan di sini :-

Sekarang ni korang dah boleh melawat blog atau web yang telah dilabel Malware Attack oleh Google tadi.Selain itu boleh juga menggunakan browser selain Mozilla firefox atau Google Chrome.Panduan ini juga untuk blogger mengambil langkah membuang segala script dari innity di blog.Selain itu, blogger juga boleh pergi ke Google Webmaster http://www.google.com/support/webmasters/bin/answer.py?answer=168328 untuk membuat semakan tentang Malware di blog anda.Diharapkan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Kredit kepada ohmed1a

P/s : Mood Sabar Menanti T_T

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest