Nama Domain Yang Baik

Assalamualaikum

Setelah mengetahui tentang Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting serta Tips Pemilihan Hosting.Kali ni kita bincangkan pula tentang Nama Domain Yang Baik.Diharapkan sedikit sebanyak informasi ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang bakal membeli serta memilih domain dan hosting pilihan hati.

Gambar Dari Google

Kita sering mendengar perkataan domain. Apakah itu domain ? Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai nama domain.

Nama Domain – nama yang mewakili kepada satu atau lebih alamat IP.

Biasanya, nama domain digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Contohnya, http://www.denaihati.com, domain ini mewakili Denaihati Dot Com.

Nama domain ( nama web server ) Fail ( nama dokumen )

http:// www.deniahati.com/ ejen/ 15-domain-name.html

Protokol         Direktori

  • http:// – protokol yang mengandungi arahan / panduan komunikasi dalam penukaran maklumat.
  • www.denaihati.com – domain yang mewakili web server dimana ia merujuk dimana website itu berada.
  • ejen – nama dalam server yang menghubungkan direktori atau folder.
  • 15-Domain-Name.html – fail yang mengandungi data atau maklumat yang ingin dicari.

Internet biasanya bergantung kepada alamat IP dan setiap web server memerlukan Name Domain Server ( DNS ) untuk menterjemahkan Nama Domain kepada alamat IP.

NAMA DOMAIN HENDAKLAH NAMA WEBSITE

Dalam memilih nama domain ada beberapa perkara yang perlu dititik berat. Antaranya, nama domain mestilah berkaitan dengan nama website anda. Ini kerana pelanggan anda kebiasaanya mengingati anda akan nama website atau perniagaan anda. Contohnya, Denaihati Dot Com adalah nama website atau perniagaan anda. Tapi malangnya nama domain itu telah pun diambil oleh pihak lain. Sebagai langkah alternatif, anda memilih mybusiness.com sebagai nama domain untuk Denaihati Dot Com. Apa kesannya? Pelanggan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari website anda. Sekaligus, membawa kepada website yang lain dan maka anda telah kehilangan pelanggan anda. Tidakkah itu merugikan anda?

NAMA SECARA UMUM ATAU NAMA BRAND DOMAIN

Perlukah nama domain anda secara umum ataupun menggunakan nama brand anda sebagai nama domain? Kedua-duanya memberi kesan yang berlainan terhadap website anda. Kebiasaanya pelanggan anda lebih cenderung kepada nama brand anda. Tapi jika anda mempunyai banyak brand, takkan anda ingin membina nama domain bagi semua brand pula. Untuk memudahkan pelanggan anda mencari website anda, anda boleh menggunakan salah satu brand anda ( paling popular ) sebagai nama domain anda. Contoh anda mempunyai perniagaan menjual kereta. Apakah kesannya jika anda menggunakan JualKereta.com atau toyota.com ?

PANJANG ATAU PENDEK

Sesuatu nama domain boleh mencapai sepanjang 64 huruf. Tapi anda perlu ingat, perkara yang paling mudah menarik perhatian pelanggan anda adalah pendek dan mudah diingati. Cuba anda bezakan antara biologiteknologi.com dengan biotech.com. Antara kedua-duanya yang mana satu paling anda mudah ingat.

NAMA PELIK

Sekiranya anda ingin menggunakan sesuatu nama yang lain dari biasa. Anda perlu menimbangkan beberapa perkara;

1.  Anda bezakan antara akupenjualbuku.com dengan aku-penjual-buku.com. Apa yang anda nampak dan yang mana satu mudah diingati.

2.  Mouth of words amat berkesan kepada sesuatu perniagaan. Tapi bayangkan jika salah seorang pelanggan ingin menyebarkan kepada rakannya yang lain mengenai website anda. “ Semalam aku melawat sebuah website aku penjual buku dot com dan website itu mempunyai banyak pilihan buku untuk dibeli. “ dan rakannya sebagai penerima mesej lisan itu pasti akan mengingati website anda sebagai akupenjualbuku.com bukan aku-penjual-buku.com.

3.  Sekiranya anda menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda, ia agak menyukarkan untuk menaip pada ruangan alamat di browser mereka.

Pandangan : Secara peribadi, saya mengesyorkan anda untuk tidak menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda.

COM, NET, BIZ, INFO, ORG

Anda perlu mengenalpasti jenis website anda. Penggunaan com, net, biz, info, org dan juga penggunaan rujukan negara pada domain anda memberi kesan yang berlainan terhadap website anda.

.com – merujuk kepada komersial ( commercial )

.net – merujuk kepada rangkaian ( network )

.info – merujuk kepada maklumat ( information )

.org – merujuk kepada pertubuhan bukan berpendapatan ( organization non profit )

.biz – merujuk kepada perniagaan ( business )

.my – merujuk kepada negara ( Malaysia )

PENUTUP

Pemilihan sesuatu nama domain memberi kesan yang besar kepada website anda. Sekiranya anda gagal untuk memilih nama domain yang baik, ia akan memberi kesan negatif terhadap website anda. Jadi, buatlah pilihan yang tepat. Selamat maju jaya.

Kredit kepada : cptshah.com

P/S : Insya Allah,jika ada rezeki nak ambil domain baru untuk projek akan datang 🙂

Comments

  1. Untuk nama domain sepertinya harus dipilih dengan penuh pertimbangan terutama meilih yang mudah dihafalkan/diingat pengunjung blog
    Rina recently posted..Create CSS3 Animation Webpage Using Animation And Transform EffectsMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest