Pantau Blog Atau Laman Web Anda Di FreeWebMonitoring

Assalamualaikum..

Setelah hampir setahun lebih menggunakan perkhidmatan memantau blog dan laman web di perkhidmatan percuma di FreeWebMonitoring freewebmonitoring.com.FreeWebMonitoring adalah sebuah laman web yang menyediakan servis memantau keadaan atau condition sesebuah blog atau lama web , khususnya bagi blogger yang menggunakan hosting berbayar. Sistem FreeWebMonitoring akan memaklumkan kepada kita melalui email bila blog kita “Down” atau tak dapat dibuka. Selepas blog atau lama web kembali pulih, 1 lagi email akan dihantar beserta tempoh masa berapa lama blog mengalami masalah (Sumber dari rakan blogger Anarm.Net).

Sejak menggunakan FreeWebMonitoring,saya berasa amat berpuashati kerana setiap log ketika blog bermasalah atau “Blog Down” begitu juga di laman web dihantar terus ke email,ia juga dapat memudahkan kita untuk menghubungi pihak hosting berkenaan masalah yang dihadapi di blog atau laman web selain mengambil langkah berjaga-jaga serta melakukan “Backup” secara berjadual.Ini juga salah satu teknik Pengurusan laman blog.


Antara kelebihan FreeWebMonitoring ini ialah :-

  • Laman Web atau blog dipantau setiap 60 minit
  • Laporan statik laman web atau blog secara mingguan
  • Sebarang Masalah akan terus di hantar ke email dikenali sebagai “Email Alerts”
  • Memantau Lebih dari satu laman web atau blog dalam satu akaun

Bagi mereka yang masih belum mempunyai akaun di freewebmonitoring.com,saya menyarankan kepada anda agar segera mendaftar untuk kepentingan dan pemantauan laman web atau blog pada masa akan datang.

Untuk mendaftar di FreeWebMonitoring,boleh ke freewebmonitoring.com.

Di dalam borang Create New Account tu,korang isi nama,email,kata laluan atau password dan akhir sekali url laman web atau blog.Jika sudah pasti semua adalah betul,klik Sign Up.

Sila pastikan juga anda mempunyai email yang sah,kerana selepas pendaftaran,anda perlu klik link url untuk pengesahan akaun dan di dalam email inilah FreeWebMonitoring akan menghantar email jika ada berlaku “Error” di laman web atau blog.


Gambar di atas menunjukkan lik untuk pengesahan pendaftaran

Klik link tersebut dan jika berjaya,anda dapat mesej seperti gambar di bawah :-

Log masuk ke akaun FreeWebMonitoring anda,dan masukkan URL laman web atau blog di ruang ADD URL.Rujuk gambar di bawah :-

Mudah bukan ? Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendaftar di freewebmonitoring.com.Selamat mencuba.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest