PENGALAMAN PUASA DI PERANTAUAN

Sudah hampir dua minggu kita berpuasa. Kejap masa berlalu. Gimana puasa kalian semua? Baik-baik aja kan? Alhamdulillah. Ke ada yang sudah mengangkat bendera merah? Opss 😉 lumrah hidup. Kebanyakkan daripada kita sekarang mesti tengah berpuasa di perantauan, jauh dari keluarga di kampung. Yang mana satu lagi seronok; berpuasa di perantauan atau berpuasa di kampung bersama keluarga?

Tahun ini, merupakan first time aku dapat berpuasa sepenuhnya di kampung, bersama dengan mak ayah dan adik. Sejak dari form 1 sampailah habis universiti, aku asyik berpuasa di tempat belajar. Kalau berpuasa di kampung pun, hanya sempat beberapa hari sahaja. So tahun ini, adalah tahun bertuah bagi aku, sebab mungkin tahun ini sahaja aku sempat berpuasa penuh dengan keluarga. Selepas ini, bila dah dapat posting, mesti akan kena berpuasa di perantauan balik.

Ok, bila tibanya musim puasa, mesti aku akan bertukar kepada spesis musang. Tak tidur malam sampailah subuh. Sejak dari matrik sampailah sekarang. Tak tahu kenapa, bila bulan puasa je, mesti aku akan susah untuk tidur malam. Jadi, secara automatiknya, aku yang akan menjadi pak guard tak bergaji untuk kejutkan semua orang yang tengah syok tidur untuk bangun sahur. Itulah tugas aku hari-hari. Di upsi dulu masa duduk rumah sewa, akulah yang kena masak nasi dan goreng lauk, then bila diorang bangun, terus makan. Senang je diorang kan? Haha.

Tapi, satu je keburukan apabila tidak tidur malam. Pastinya waktu siang la yang akan jadi waktu tidur aku. Kebanyakkan kuliah mesti ponteng. Kalau pergi pun, kuliah yang waktu petang sahaja. Waktu pagi, confirm tidur la jawabnya. Kadang-kadang, satu hari itu, langsung aku tak pergi kuliah. Bangun-bangun je, dah petang nak buka puasa. Teruk bukan? Selalunya mesti aku tidak sempat untuk beli juadah berbuka sebab bangun lewat petang. Kadang-kadang, member tolong belikan, syukur. Tapi bukan selalu diorang tolong belikan. Yela, diorang bukan orang gaji aku. Haha. Kalau tidak beli, alamatnya just berbuka dengan air dan rokok je la dulu.

Itu semua, dahulu, time tengah belajar. Sekarang ini, bila sudah berada di kampung, mana boleh buat camtu maa. Kalau tak, kena libas dengan tali pinggang kulit beruang kutub la jawabnya. So, bila dah tengah hari, dah bangun dah. Hehe bagus betul perangai bila duduk di kampung. Kadang-kadang bila imbas balik memori berpuasa di perantauan dahulu, membuatkan aku tersenyum sorang-sorang. Pengalaman manis dan pahit mesti akan kekal di sanubari.

p/s: Tuan rumah ini tak nak bagi duit raya ke untuk aku? 😛

Artikel Sumbangan Dari x-po

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest