Perbezaan Antara Parked, Sub dan Add-On Domain

Apabila kita ingin melanggan web hosting, kita sering dengar perkataan Parked Domain, Subdomain dan Add-on Domain. Apa sebenarnya maksud bagi ketiga-tiga perkataan berikut dan apakah perbezaan antara ketiga-tiga berikut. Mari saya bawa anda maksud bagi ketiga-tiga perkataan itu dan bagaimana ia berfungsi.

1. Parked Domain

Biasanya apabila kita dengar perkataan parked ia mesti berkaitan rapat dengan meletak. Ya memang benar. Biasanya Parked digunakan apabila anda mempunyai dua (2) domain atau lebih dan domain

Domain itu hendak ditujukan pada satu destinasi. Contohnya saya mempunyai saya.com dan saya.net dan saya hanya ingin menyambungkan saya.net kepada saya.com .Jadi, saya meletakkan saya.net dalam ruangan Parked Domain di dalam Cpanel Control Panel Web Hosting anda.

2. Subdomain

Subdomain pula bermaksud anda ingin menambah fungsi atau perihal lain di dalam website anda selain daripada home. Jadi, anda akan wujudkan satu subdomain untuk melaksanakan fungsi atau perihal tersebut. Contohnya, anda ingin menambah forum dalam website anda bagi membolehkan anda bertukar-tukar pendapat dengan pengguna. Jadi, perlu mewujudkan satu subdomain seperti saya.com/forum bagi mewujudkan direktori bagi fungsi atau perihal tersebut. Ia juga boleh menggunakan forum.saya.com sebagai subdomain anda.

3. Add-On Domain

Add-on Domain pula bermaksud anda mempunyai dua atau lebih domain yang mempunyai tujuan dan perkara yang berbeza tetapi ingin dikongsi dalam satu server atau webhosting. Contohlah, saya mempunyai saya.com yang digunakan khas untuk personal blog dan website manakala saya.biz digunakan untuk perniagaan. Tapi saya mempunyai satu webhosting atau server yang besar. Jadi, apa yang saya lakukan adalah dengan add-on kedua-dua domain kedalam webhosting atau server yang saya ada sekarang. Walaubagaimanapun, bagi fungsi ini kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran tambahan dan kebanyakkan pembekal perkhidmatan tidak menyediakan fungsi ini.

Jadi, berikut adalah perbezaan antara Parked, Subdomain dan Add-on Domain. Penjelasan diatas diharap dapat membantu anda untuk memahami perbezaan ktiga-tiga maksud tersebut. Sekiranya anda ingin memulakan membina website samada untuk perniagaan ataupun sendiri.

Kredit Kepada : http://www.cptshah.com/ejen/index.php/web-hosting–server

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest