Rumah a.k.a Hosting Baru

salam…

Alhamdulillah dapat juga akhirnya blog aku up kembali.Jutaan terima kasih buat rakan-rakan terutama Roslan Nazri,Azizan dan juga Ichigo.Tanpa sokongan dari mereka maybe blog aku ni asyik merajuk tak boleh buka page langsung.

Seperti pada entri aku yang bertajuk Sepaku Hosting aku memuji-muji mereka,maklum la pertama kali beli domain dan hosting sendiri.Pada permulaan aku menggunakan khidmat Sepaku Hosting semua berada di dalam keadaan baik,dan selepas 2-3 minggu mula dah tunjuk kekwat kelemahan ,blog kesayangan aku ni down ,kene suspend dan sebagainya la.

Setelah tak tahan dengan blog kesayangan aku ni down down dan down (macam lagu plak dah).Aku nekad untuk menukar hosting yang lebih stabil,dan Fivio menjadi pilihan utama aku .Pertama kali aku mendapat feedback dari admin Fivio iaitu Encik Fadhlullah Abd Rahman ,aku dapat bayangkan perkhidmatan merekan amat baik dan ternyata ramai di kalangan rakan-rakan blogger yang telah mrnngunakan khidmat dari Fivio ni.Tak lupa jugak kepada Encik Adely Adnan yang sudi menjawab email-email dari aku.Jutaan terima kasih dari saya untuk Management Fivio

Sebelum terlupa,aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger aku iaitu Roslan Nazri yang mengutarakan tajuk Kenapa Hosting Murah Tak Patut Di Beli.Dari blog beliau ,ternyata ramai yang memberi maklum balas yang amat memberangsangkan.

Pada pendapat aku,biarlah mahal,tapi mutu perkohidmatan dari Fivio amat membanggakan dan aku berpuas hati dengan perkhimatan dorang.Kini aku akan kembali aktif berblog dengan info dan tip-tips menarik yang akan aku paparkan di blog ni,tunggu yer kawan-kawan sekalian .

Jadi..kepada blogger-blogger yang menggunakan perkhidmatan hosting dari Fivio,marilah komen sekali kat blog ni 🙂

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest