Salam Aidilfitri 2010 1431 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya dan tak lama lagi Aidilfitri pula bakal menjelma.Pada kesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger,twitter,facebook dan tak lupa juga untuk rakan-rakan lama SMKKS 1997-2001 Kulaijaya dan geng-geng Juruteknik Komputer (kalau kita kumpul ramai-ramai raya ni kan best).Sempena dengan kedatangan Syawal pada kali ini,aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika selama ini ada terkasar bahasa dan halalkan makan dan minum.

Jom baca pantun ni :-

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

P/S : Kepada semua pemandu yang ingin pulang ke kampung,jangan lupa cukupkan rehat sebelum bertolak pulang ke kampung yer dan patuhi undang-undang di jalan raya.Selamat bertolak selamat sampai di kampung halaman tercinta.Berhati-Hati Di Jalan Raya,Pandu Cermat,Jiwa Selamat.

Comments

  1. Having read this I thought it was rather informative. I appreciate you spending some time and energy to put this information together.
    I once again find myself personally spending a lot of time
    both reading and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!
    door trimmer recently posted..door trimmerMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest