Sekilas Pandang Tentang Ubuntu 11.04 Natty Narwhal

Assalamualaikum

Seperti mana yang kita ketahui,Ubuntu 11.04 atau dikenali sebagai Natty Narwhal telah pun dilancarkan pada 28 April 2011 yang lalu.Aku juga telahpun mencuba Ubuntu 11.04 ni,ternyata memang banyak ciri-ciri terbaru di dalam Natty Narwhal.Tak rugi kalau kita mencubanya.Pada versi kali ini,shipitnya telah ditamatkan,Kalau teringin menggunakan CD/DVD,boleh tempah di sini

Antara Ciri-ciri baru yang terdapat pada Ubuntu 11.04 ini ialah :-

1. Unity 2D/3D Menggantikan GNOME 3.

Walaupun GNOME 3 telah keluar dan semakin ramai distro mula menerapkan versi baru GNOME 3 ini. Namun tidak bagi distro paling popular ini. Antara masalah utama GNOME 3 yang diketengahkan dahulu, termasuklah kami adalah ia tidak serasi dengan input sentuhan @ touch. Lebih kepada ‘pointer mouse’.

Ubuntu terpaksa meninggalkan GNOME 3 pada akhirnya dan memberikan fokus kepada Unity. Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan GNOME 3 atau desktop lama (jika mahu).

2. Compiz Menggantikan Mutter.

Compiz menawarkan banyak ciri dan efek yang lebih ganas dari Mutter. Namun menjadi isu, mampukan Compiz berinteraksi dengan betul. Ini memandangkan Compiz sebelum ini banyak memberikan pepijat dan kesan yang kurang menyenangkan.

Apatah lagi pada komputer lama yang dianggap berat menggunakan Compiz. Itu belum dicampur ketika anda menonton Flash terutama ketika Full Screen!

Apa-apapun, desktop Linux masih ketinggalan dalam memberikan kemudahan atau puas hati pada pengguna biasa. Penggunaan Compiz tidak akan nampak impak besarnya sekarang, namun pada masa depan ia pasti berbeda.

3. Pandu Uji Perisian.

Ubuntu Software Center Ubuntu 11.04 membolehkan anda mencuba terus perisian yang dikehendaki tanpa perlu memasang terlebih dahulu. Ini bukan sahaja memastikan anda memasang perisian yang serasi dengan anda tapi juga menjimatkan masa dan ruang memori.

4. Love Handles.

Bagi yang menggunakan Ubuntu dengan input sentuhan seperti tablet dan monitor sentuhan. Love Handles amat membantu anda jika ingin mengubah saiz atau menggerakkan tetingkap.

5. Tiada Pemasangan dari Pihak Ketiga Secara Lalai.

Untuk memasang perisian lain seperti Flash, codec MP3 dan seumpamanya, anda perlu melakukannya secara manual. Buat yang masih belum tahu kenapa perisian tertutup ini tidak dimasukkan ke dalam Ubuntu antara sebab utamanya adalah lesen dan kestabilan.

6. Ubuntu Netbook Edition Dimatikan.

Oleh kerana Unity dibuat untuk mencakupi netbook, desktop dan sentuhan. Maka wajarlah Ubuntu Netbook Edition ditamatkan.

7. Yang Lain-Lain…

Pembaharuan lain termasuklah kernel Linux 2.6.38, LibreOffice menggantikan OpenOffice, penambah baikan UbuntuOne, Banshee menggantikan Rhythmbox dan juga menaik taraf Ubuntu dengan CD yang sama.

Maklumat lanjut juga boleh rujuk di sini

Ubuntu 11.04 Natty Narwhal juga boleh di muat turun di sini

Kredit kepada : JomLinux & Syahril Hafiz

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest