Seorang Yang Berjaya , Seorang Yang Gagal

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Ini adalah entri pertama di tahun baru 2011,minggu lepas sedang berblogwalking ,saya terjumpa satu artikel yang boleh dikatakan agak bermotivasi dan sesuai untuk tatapan semua pembaca dan rakan-rakan sekalian.

Artikel tersebut bertajuk Seorang Yang Berjaya , Seorang Yang Gagal.Mesti semua orang mahu berjaya di dalam kehidupan bukan ? setiap daripada kita ni ada matlamat yang perlu direalisasikan.Jadi bermulanya dengan tahun baru 2011,mudah-mudahan segala amalan kita akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Seorang Yang Berjaya , Seorang Yang Gagal

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagalsentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjayaberkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Kredit Kepada : Lubuk Petua Warisan

P/S : Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

P/SS : Nantikan ulasan dan review blog ini pada bulan Disember 2010,Maaf jika terlewat untuk buat ulasan tersebut kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest