Sinopsis Filem Cun

Assalamualaikum Semua..

Kali ni nak review filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2011 yang bertajuk Cun.Filem ini diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dan Nuansa Sdn Bhd yang menggandingkan Remy Ishak dan Maya Karin sebagai tunggak utama di dalam filem Cun ini.

Berikut adalah sedikit info dan sinopsis dari filem Cun :-

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

Pengarah :

Osman Ali

Penulis:

Osman Ali(Lakon layar)
Osman Ali(Scriptwriter)

Lakonan:

Maya Karin : Luna Latisha (Pelakon Utama)
Remy Ishak : Atan (Pelakon Utama)
Faezah : Tom (Pelakon Pembantu)
Nadiyatul Nisaa : Manis (Pelakon Pembantu)
Kartina Aziz : Tok Chah (Pelakon Pembantu)
Ning Baizura : Candy (Pelakon Pembantu)
Jehan Miskin : Ryan Hidayat (Pelakon Pembantu)

Penerbit:

Gayatri Su-Lin (Penerbit Eksekutif)
Julian Jayaseelan(Penerbit Eksekutif)

Kredit : Sinema Malaysia

Comments

  1. Howdy, i read your blog occasionally and i
    own a similar one and i was just curious if you get a lot of spam remarks?
    If so how do you protect against it, any plugin or anything you can advise?
    I get so much lately it’s driving me insane so any assistance
    is very much appreciated.
    michael kors handbags outlet recently posted..michael kors handbags outletMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest