Sinopsis Filem Kongsi

FILEM KONGSI – LU LANGSI LU MATI

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAK terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Pengarah : Farid Kamil
Penulis : Farid Kamil
Lakon layar :Farid Kami
Penulis Skrip :Fadzil Zahari
Cerita Asal : Fadzil Zahari

Lakonan:

Shaheizy Sam : Tumulak (Pelakon Utama)
Fizo Omar : ASP Shariff (Pelakon Pembantu)
Yana Samsudin : Inspektor Olla (Pelakon Pembantu)
Azad : Mikail (Pelakon Pembantu)
Bront Palarae : Kimpedu (Pelakon Pembantu)
Putri Mardiana : Yati (Pelakon Pembantu)

Krew:
Pengarah Seni : Ollynn
Penyunting : Brian Ng (Kang)

Penerbit: David Teo
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 12 Mei 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Kredit : Sinema Malaya

P/S : Nantikan kemunculan filem Kongsi-Lu Langsi Lu Mati ni pada 12 Mei 2011 di pawagam-pawagam berdekatan

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest