Slot Akasia Soffiya di TV3

Assalamualaikum

Selepas berakhirnya drama “KASIH ALIA”, slot AKASIA di TV3 telah pun menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi, SOFFIYA lakonan hebat Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.Drama ini adalah satu lagi karya bermutu dari Film Scape.

Sinospsis Slot Akasia Soffiya di TV3

Soffiya,seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

Sumber : Budiey.Com

Promo Slot Akasia Soffiya di TV3

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest