Streamyx Oh Streamyx Part 2

salam semua…

Hmmm lama dah aku tak dapat online,seminggu lak tu,mesti korang semua tercari-cari aku kan ? Ok la,cmtu aku nak ceritakan kemana aku menghilang selama seminggu ni.Seperti entri yang bertajuk Streamyx Oh Streamyx,aku teramat tension tahap cipan gaban z.Ye la cyber cafe tanpa internet ,pehhh seksa woo.Dah la kene menjawab je dengan pelanggan,ada yang memaki hamun aku,tapi aku duk rileks je la,bukan salah aku internet xde ni.

Ok kat sini aku selitkan juga diari aku tanpa internet di tempat bekerja :-

7 Mac 2010 (Ahad)

Aku masuk bekerja pada sebelah malam,alangkah terkejutnya aku apabila semua pc tak dapat connections internet,time tu jugak aku buat laporan kat TM menggunakan talian 100.Nak tak nak aku sabar je la.Malam tu aku tutup kedai awal.

8 Mac 2010 (Isnin)

Aku menunggu kedatangan Kontraktor pembaikan dari TM,lebih kurang pukul 12.30 tengah hari dorang datang,so dorang check la apa yang patut,pehh modem aku sekali rosak.hahaha kopak la macam ni.Nak tak nak aku kene tunggu gak boss aku balik jb,so leh la suruh dia belikan modem baru.Malam tu aku wat keje macam biasa je la,budak-budak datang ke cc pun hanya main game,hmm income pun sikit je dapat,cobaan …

9 Mac 2010 (Selasa)

Hari ni aku masuk kerja macam biasa,kene tunggu gak boss aku,ahahaha pelanggan ramai gak datang ,semuanya nak guna internet,apa nak buat ,internet belum ok lagi kan,tapi alhamdulillah la sebab dapat cover dari game.huhu

10 Mac 2010 (Rabu)

Hari ni boss aku dah balik jab,so pagi-pagi lagi dia dah sms aku nak belikan modem baru,pukul 11 pagi cmtu la,dia belikan modem baru.Pehhh jenuh gak nak setting modem baru ni,sampai naik pening kepala aku dibuatnya.Tepat pukul 4.00 petang modemnya setting semua dah settle,tapi masih belum dapat gak internet,arghhhhhhhhhhhh tension²

Malam tu aku dari pukul 8 sampai la 10.00 malam,asyik godeh setting modem je,leh tahan gak setting modem baru ni.Tercabar gak la

11 Mac 2010 (Khamis)

Hari ni aku kerja macam biasa,nmpak gaya masih tak dapat lagi connection internet,hmm terpaksa gak call talian bantuan Tm di 100,macam-macam soalan aku kene jawab.Ada gak operator yang ok,ada yang sombong,iskk,nak tak nak aku call jugak la.Hari tu je dah dekat 4 kali aku call TM,sampaikan kontraktor dorang datang check balik modem,hahaha tatau dah nak buat apa.

12 Mac 2010 (Jumaat)

Hari ni maybe hari yang bertuah untuk aku,nak tahu kenapa ? haaa aku dah berjaya reset password login Streamyx ni,alhamdulillah internet dah elok,pelanggan pun macam biasa ramai yang ingin menggunakan internet.Malamnya aku terpaksa balik ke kampung,yihaaaa dapat cuti setelah penat bekerja.


13 mac 2010 (Sabtu) Hingga 14 mac 2010 (Ahad)

Aku terpaksa bercuti di kampung,macam-macam gak yang bermain di fikiran aku time tu,ahh lantak la,yang penting aku nak berehat seketika di kampung

Itu je la coretan aku sepanjang minggu lepas,kalau korang pernah alami situasi macam ni,mesti tension gak kan,huhu

Comments

  1. My coder is trying to persuade me to move to .net from
    PHP. I have always disliked the idea because of the costs.
    But he’s tryiong none the less. I’ve been using Movable-type on numerous websites
    for about a year and am anxious about switching to another platform.
    I have heard excellent things about blogengine.net.
    Is there a way I can transfer all my wordpress posts into it?
    Any help would be really appreciated!
    decorative interior recently posted..decorative interiorMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest