Tutorial Cara Mendaftar Octove

Assalamualaikum..

Selepas Tutorial Cara Mendaftar Facebook,kali ni saya akan perkenalkan satu lagi laman sosial yang agak hangat di Malaysia iaitu Octove.com.

Apa itu Octove.com ?

Satu laman sosial sepertimana laman sosial facebook juga, yang mempunyai transaksi fasiliti atau kemudahan yang hampir sama. Tapi apa yang menariknya, seperti slogan kata octove.com, ‘ we are different ‘ memang ada kelainannya. Selain daripada mempunyai ‘wall’ atau dinding yang boleh memaparkan status terkini masing-masing, ruangan borak juga disediakan dan lebih menariknya fungsinya hampir menyamai fungsi berborak menggunakan yahoo messenger.

  • Sambil berbual sesama rakan, kelebihan octave.com adalah boleh menggunakan ruangan chat untuk memindah atau menghantar fail secara terus kepada rakan berbual mereka.
  • Web cam atau menggunakan peranti video juga disediakan kepada pengguna yang mahu berbual sambil melihat rakan mereka seperti yang biasa kita gunakan di Windows Live Messenger, Skype dan Yahoo Messenger.
  • Setiap status yang di paparkan di octove.com turut sama boleh dihubung terus ke dinding facebook atau twitter anda dalam masa yang sama. Ini bermakna, bagi blogger yang menggunakan kemudahan facebook atau twitter untuk update blog entri yang terbaru, ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan para blogger menyebarkan entri terbaru mereka.
  • Apa yang menariknya lagi, selain itu kita dapat mengumpul mata atau ‘point’ dari laman ini, dan mata (point) ini dapat kita gunakan dengan menebus semula untuk pembelian barangan yang pihak octove.com sediakan di ruangan Shop Listing. Setiap barangan akan di kemaskini dari masa ke semasa.

Sumber dari : http://www.armujahid.com/2011/06/apa-itu-octovecom.html

[Read more…]

Pin It on Pinterest