Kawan Baik

Salam semua…

Hari ni aku nak tulis tentang Kawan Baik pulak,dah tentu semua rakan-rakan yang sedang membaca entri ni ramai Kawan Baik kan ?..So hargailah Kawan Baik anda tak kira la sama ada senang atau susah yer.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai Kawan Baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

[Read more…]

Warisan

Salam Semua…

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang lagu Warisan,mesti ramai meminati lagu dan pernah mendengar lagu ni kan sebab lirik dia terlalu medalam jika kita hayati betul-betul ,so kat bawah ni aku sertakan lirik dan juga video klip lagu Warisan

Warisan

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah di nusantara
melayukan gagah di nusantara
melayukan gagah di nusantara

Sesi Persekolahan Bermula

Salam..

Pada hari ini 4 Januari 2010 bermulalah episod ke alam persekolahan ,Kepada ibu bapa atau rakan-rakan yang mempunyai anak tak kira la masuk ke tadika atau darjah satu,mesti harini paling sibuk kan ? .Mana tak nya kene temankan anak ke kelas masing-masing kerana bimbang anak tu menangis atau takut untuk bertemu dengan rakan-rakan baru serta guru.Dengan segak berpakaian uniform sekolah serta bergaya dengan kasut baru pulak tu hehe ,mesti ada di kalangan anak-anak rakan-rakan sekalian teruja atau tidak sabar untuk memasuki alam persekolahan.

Photobucket

Sebagai pelapis dan juga harapan anak-anak bangsa ,saya percaya dengan berkat didikan selama berada di dalam keluarga Insya Allah mana tahu satu hari nanti anak rakan-rakan sekalian menjadi seorang doktor atau pun peguam .Korang boleh berbangga denga anak -anak pada masa tu 🙂

Pin It on Pinterest