Pewangi Kereta Unik CarSemerbak

Semerbak Industries dengan bangganya akan melancarkan satu produk wangian yang unik bebanding dengan produk-produk yang biasa kami tawarkan di www.Semerbak.net. Produk terbaru yang bakal dikeluarkan nanti adalah CarSemerbak, sejenis pewangi kereta unik yang terdiri daripada 4 jenis wangian untuk memberikan wangian semerbak di setiap inci kereta anda untuk kesegaran berpanjangan sehingga 45 hari!

Umum tahu bahawa pewangi kereta digunakan untuk menghilangkan bau-bau hapak yang terkumpul di dalam kereta kesan daripada penggunaan alat penyaman udara (air-conditioner) dan juga bau-bau yang tidak disenangi yang datang dari barang-barang pasar, buah-buahan seperti durian serta makanan-makanan lain yang dibawa masuk ke dalam kereta. Oleh itu, ramai pemilik kenderaan mula menggunakan pewangi kereta dengan bauan yang digemari oleh mereka dan seisi keluarga.

Dari hasil pemerhatian kami di Semerbak.net, kami dapati hampir 80% pemilik kenderaan meletakkan pewangi kereta di dalam kenderaan mereka. Oleh itu, kami mendapat idea untuk mengeluarkan produk pewangi kereta CarSemerbak dan mula menjualnya di www.Semerbak.net untuk memudahkan ia diperolehi para pelanggan produk pewangi Semerbak Industries.

[Read more…]

Pin It on Pinterest