Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10

Assalamualaikum

Di atas permintaan ramai,kali ni dah sampai ke Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10.Sambil-sambil buat kerja tu,jom kita layan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10 ni sampai habis ok !!

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, “Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit” Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. “Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!” Si budak berkata,”Datuk saya ada nasihat juga.” “Dia pun kata jangan makan makanan ringan?” “Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN”

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

Cara Berchating

Bila ada user tanya kat room:
“kau orang dengar tak aku on lagu?”
jawab:
“kau ingat aku pekak ka?”
Bila ada yang tanya:
“apsal room ni tak meriah eh?”
jawab:
“ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana”
Bila ada yang tanya:
“PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?”
jawab:
“kau campak je PC kau tu kat sungai”
[Read more…]

Pin It on Pinterest