Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 8

Assalamualaikum…

Jom kita hiburkan diri pada petang ni dengan Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 8.

Cerita 1

Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu..
Awang: Helo cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??
Cikgu: pukul 9 pagi..
Awang: cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..
Cikgu: rajinnya kamu…kenapa nak bukak awal??
Awang: saya kena kunci dalam perpustakaan……..

Cerita 2

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah.

Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah letakkan sesuatu benda, jangan lupa tempatnya!

Cerita 3

Seorang pegawai polis tiba di tempat kemalangan, kelihatan seorang lelaki india tua terbaring di tepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. Pegawai polis tadi memangku lelaki itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

Polis : Anne, apa pasal boleh eksiden?

India : Semua orang gila tuan, bawa laju2.

Polis : Siapa bawa laju anne?

India : Saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.

Polis : Ooo…

India : Saya pigi kedai, balik kidai saya bawa motor. Ada lori, banyak laju makan saya punya jalan. Mau langgar saya punya motor. Nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.

Polis : Nasib baik anne. Habis siapa langgar anne?

India : Belum abis cerita la tuan. Lagi satu kereta makan saya punya jalan. Mau langgar saya punya depan, saya elak. Tarak jadi langgar.

Polis : Pergh….Nasib baik. Jadi siapa yang langgar?

India : Itulah tuan, dua kali saya boleh elak. Lalu itu selekoh, ada satu pokok bawa banyak laju. Saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. Boommmm! Itu pokok sudah langgar saya. Itulah cerita tuan.

Polis : Cet! Confirm mabuk todi ni.
[Read more…]

Pin It on Pinterest